Followers

23.1.17

Year 1 (2nd sem)

Alhamdulillah bulan Jun 2016 yang lepas, seminggu sebelum Ramadhan, tahun pertamaku di Uia Kuantan berjaya dihabiskan. Ku akui semester kedua yg lepas lebih mencabar dari semester sebelumnya kerana subjeknya yang banyak dan semakin mencabar. 

Hmmm ape yg MENARIK pasal sem kalini? 

#1 Lab Microbiology
Yg ni first try smear atas nutrient agar. Nervous xyah cakap laa, sampai terpecah nutrient agar aku hahaha. Tapi waktu first time je pecah, next2 tuu dah expert dah & x nervous dah.


Smear ni mula2 tangan memang cam keras sikit, but then lama2 makin ok alhamdulillah.
#2 IPHA OBs'

Sem ni bermulalah tugas ku sebagai assistant head EduPro bureau. Antara program yg aku handle dengan bantuan drpd members of IPHA adalah "CFS VISIT", "COMPILATION FOR RX14" & "CONQUER THE FINAL". Sepanjang menjawat jawatan tersebut, banyak benda aku dapat belajar. Terima kasih untuk Hilmi & Kak Mira yang banyak membantu.

#3 INDUCTION PROGRAMME BY IPHA MBs

We all wakil from RX14. Waktu induction ni benda yang best sangat adalah buat rakit sendiri dan rentas sebahagian Sg. Pahang, bapak seram weh. Aku xkan lupa tragedi di mana rakit aku terlanggar satu pokok tepi sungai dan kami tersangkut beramai-ramai bawah pokok tuu. 

#4 CFS VISIT from CFS IIUM GAMBANG.





Empat gambar kat atas ni waktu Program CFS VISIT iaitu program Edu under aku, masa ni ingat lagi aku kena balik cuti midsem lewat. Tapi xpe, demi adik2 kurelakan jiwalah jawabnya. Setinggi-tinggi perhargaan kepada yg banyak membantu aku termasuklah Si Hilmi sendiri, Saberk, Fikri Ahmad, Kimi dan ramai lagi. Tq sangat2. CFS VISIT ni program kerjasama antara Uia Kuantan & CFS Gambang untuk mendedahkan kepada adik2 pada kos2 seperti Medic, Pharmacy & Dentistry. 


#5 PHARMILY DAY 2016 (#PD2016)


Pada sem ni jugak, batch aku diamanahkan untuk menguruskan program tahunan student pharmacy iaitu " Pharmily Day". Pharmily Day ni ala2 macam sport day laa yg juga melibatkan semua warga pharmacy termasuklah para pensyarah dan stuff2. Alhamdulillah, tema yg kami pilih mendapat sambutan baik & dipuji oleh akak2 dan abg2, tema "Harry Potter ~ Unleash the magic".

16.9.16

Malacca Trip 11-13/8/16 (Part 1)

Alhamdulillah cuti sem 3 bulan itu hari aku sempat laa pegi vacation dgn kwn2. Alhamdulillah jgk apa yg dirancang menjadi. Kalau dulu kiteorg vacation ke Sabah, kali ni ke Melaka plak.

11 Ogos 2016,

8.00 pagi aku ambil bas dari Kemaman ke TBS, sampai around Zohor camtu terus solat jama' kat situ sementara tunggu Anis pickup kiteorg and straight to Melaka. Sampai Melaka nak dekat2 Asar gitu & terus pergi check in hotel. Kiteorg stay satu bilik ( 1 queen & 1 single beds, 1 toilet) di HOTEL SERI PELANGI yg terletak dalam 5 minit dari pusat bandar. Harga untuk 2 malam pun affordable lah & worth kot. Lepas tawar menawar dgn Acik tuu kiteorg dpt harga RM 180 for two nights. Dah laa Acik tuu baik gile & caring plak tuu, sanggup tunggu kiteorg balik lewat2 malam sebab risau. Touching doe.

Tempat pertama kiteorg tuju lepas check in adalah ke Kota A'Famosa, I bet u guys familiar with this historical place. Ofkos, byk gile kiteorg bergambar kat sini, dengan mcm2 style pose but the most fav one is style "Jin Kyung" (a Korean model) haha.






Vacation members (from your left): Sha, me, Anis, Miza, Piqah)




Tiba malam hari, weolls pun kelaparan & cari makan di Asam Pedas J (x silap) & melahap laa bersama-sama. Pergh, sungguh x tahan lidah kiteorg akan kepedasan Asam Pedas org Melaka ni tapiiii sedap & nak hirup jgk walaupun hidung dan mata dah berair. Takkan ku lupa penangan asam pedas diorang ni. 

Lepas dh isi perut semua dh kenyang alhamdulillah, kiteorg gerak plak ke Menara Taming Sari. Kali pertama aku naik mende ni memang berdebar laa jgk masa dia nak naik tuuuu. Kiteorg naik waktu mlm so view dia mmg penuh dengan cahaya lampu & jgk sinaran bulan dan bintang acewah. Fee dia boleh tahan laaa walaupun after guna student card, RM 15.00. Fine!

Masa ni atas mende Taming Sari nilah. Tempat terakhir hari pertama.

12 Ogos 2016,

Cantik kan gambar ni, artistik sgt kan, mestilaa sb aku yg snap apelaa...

Kiteorg jgk x lepaskan peluang untuk ke tempat paling trending di Melaka ni iaitu Sky Shore Tower. Entrance fee dia boleh tahan laaa iaitu RM 25/adult, berbaloi lah sebab scenery dia mmg cantik. Kiteorg smpai sini dlm kol 11 pagi mmg panas liq liq laa. Boleh kate 50% sunburn disebabkan terlalu lama duduk atas ni nak bergambar mcm2 pose punya pasal. hahaha


acah-acah Jin Kyung's pose


boleh kata semua gambar pejam mata, silau wey...

Hanya Sha yg mampu bukak mata, hahaha
Cantik kan aku tangkap gambar ni :p


Miza kate gambar ni dia nampak cantik, tapi memang cantik pun


Then petang tuu plak kteorg gerak ke Pantai Klebang. Sebelum lepak kat pantai layan angin sepoi2 tuu, kteorg pegi ke Coconut Shake Original Pantai Klebang, sungguh memang sedap coconut shake dorang...






Niat asal ingat nak pegi ke "padang pasair" yg famous kat pantai ni, tapi mak aii jauh bebeno, dah laa kena jalan kaki plak tuu, x larat aku... panas gile lak tuu, cukup2 laa berpanasan di sky shore tadi.. hmm






Kat pantai ni pun panas lagi time ni...









Coconut Shake yummih...

Sedap sgt eh Miza?


Aku & Anis share duit try naik ATV kat pantai ni, RM 30/10 minit, pamdai dorang berbisnes..


Anis, please jgn semangat sgt kejar belon iooolss