Followers

25.12.12

Terima Kasih :D

Assalamualaikum.

Sekarang ni heboh berita banjir kan. Tak silap aku kt Besut (Terengganu) ade sorang dah nyawa terkorban. Innalillah. Sedar x sedar dahh hampir 7 tahun tempat kediaman aku yg terletak di bandar Chukai, Kemaman, Terengganu x banjir, namun akhirnye banjir juga pd hari ni.

Segalanye bermula begini...
Malam semalam ( Hari Selasa), aku balik agak lewat dari kelas latihan silat yg terletak tidak jauh dari rumahku. Time balik tuu, aku dan ayah tengok laa air longkang utama/besar. 'Ish, tgok flow air ni macam ade gaya nak banjir jee ni, laju plak tuu', ayah aku menerangkan selanjutnye mengikut konsep fizik. Aku pon angguk jelah kan. So, malam tuu. Ayah sempat lg bawak Adib, which is the youngest in my family jalan2 naik moto tgok air. So, mase nak tido tuu lebih kurang dlm pukul 1 pagi. Adib tido dengan aku. Adib asyik suruh aku cakap pasal banjir banjir banjir. Aku pun layan laa. Sampai laa satu ketika tuu Adib bisik kat aku, 'Kak N, Adib rasa esok banjir laa. Adib rase tak selamat laa'. Aku pun tenangkan die, then kami recite the prayer together gether. Bukan sampai situ jee, Adib still x boleh tido. Mula2 layan lagi laa lepastuu lantak kau laa budak. *SUDAH TIMBUL KEBOSANAN DISITU* Hahaha. :D Then, dlm pukul 1.40 ptg aku terlelap kot.
...
'Ya Allah Ya Allah Ya Allah', tuu lah yg terkeluar dari mulut aku sebaik saje aku terjaga dari tidur dalam pukul 3.30 pagi. Sebenarnye, aku terjaga dlm keadaan terkejut kerana aku dengar deruman bunyi motorku di luar rumah dan bunyi pintu pagar yg dibuka dan seterusnye bunyi motor yg berlalu pergi dari kawasan rumah kami. Aku sangkakan ade pencuri motor yg mencuri motorku, al maklum laa kes2 kecurian ni mmg femes di kawasan ni. Walaupun motor tuu daa veteran tp ia tetap sebuah motor yg bermakna bagiku. Mase perkataan perkataan di atas keluar dari mulutku dalam nada yg penuh kegelisahan, dan hembusan nafasku kian kencang terus saje pintu bilik aku di buka oleh mak. Aku terus menanyakan mak ke mana ayah aku. Rupa-rupanya, yg menunggang motor itu ialah ayahku. Ayah terus keluar sejurus mendapat panggilan yang air longkang kian menaik dan kemungkinan banjir akan berlaku. Aku terus mengajak ayahku keluar. Dan, aku nampak dengan mata kepalaku sendiri anak ular sedang menyusur di dalam air tatkala sarangnye punah kerana air. Seterusnye, aku cepat2 kemas umah kemas bilik tolong ayah mak angkat barang semua. Lalu...... *macam dah letih nak taip, aku pendekkan cerita terus* Kami segera daftar di Sek. Men. Keb. Bukit Mentok. Sepanjang berada di situ, mcm2 cerita kami dengar. Terutamanye berita tentang paras air yg sgt membimbangkan. Berdasarkan gambar dalam handfon ayah, banjir kali ni merupakan banjir terburuk stakat ni. Haaa ? Mcm mane ayah bley ambil gambar ? Sebabnye, berita yg membimbangkan tuu menyebabkan mak teringat yg dia terlupa untuk menutup switch fridge di rumah. Lalu, ayah terus bergegas pulang ke rumah dengan takat air paras pinggang seorang diri. Mcm2 berita sedih yg kami terima drpd ayah tentang keadaan rumah kami. Sungguh sayu namun kami redha.

Sebagai pengakhiran, terima kasih kpd sanak saudara, teman2 seperjuangan *cewah* yg tidak putus bertanyakan keadaan kami sekeluarga. Tersentuh hati apabila diri kita masih diingati walaupun jauh di mata. Dan tidak lupa juga kpd kawan2 ayah yg menawarkan kami tempat tinggal pakej keluarge tanpa sebarang caj- Terima kasih byk2. Kami sgt2 lah terharu.......


  • Wahai bujang sebelah rumahku, tolonglah jangan tidur mati. Memang ade lah dalam 15 minit ayah aku tercegat depan pintu rumah diorang duk ketuk ketuk pintu kaca tuu. Hahaha, kelakar jugak bile diingat balik. 
  • Terima kasih sekali lagi. Allah sahaja yg mampu membalas budi baik kalian. :D