Followers

31.3.18

Kehilangan barang penting dalam hidupku.

Benda yang aku hilang ni tak semua orang akan kata barang tu penting. Tapi penting tak penting, menitis jugalah air mata mahalku sebab benda2 ni. 

Nak dijadikan cerita, masa tu dah nak dekat peperiksaan akhir semester 1 Tahun 3 (2017) dan semestinya masa tu aku sangat sibuk menyiapkan Literature Search (LS) aku. Kawan-kawan seperjuanganku tahu lah macam mana kelam kabutnya nak siapkan LS tu, dengan berpuluh-puluh jornalnya, bukunya dan artikal-artikalnya lagi. Tapi takpa, aku tak kisah kena baca semua tu sebab aku minat bab2 tu. 

Ditakdirkan laptop aku buat hal. Padan la usia laptop tu aku dapat sebelum masuk asasi dan sampai lah Tahun 3 degree, dekat2 5 tahun juga la. Jadi terpaksalah aku tukar laptop lain, nasib baik ayah sudi hantarkan ke uni. Lepastu kan, laptop lama tu mestilah letak kat rumah dan pasti adik2 la yang akan guna. Lepas seminggu laptop lama tu kat rumah, ayah aku kata laptop aku kena virus dan adalah lagi beberapa masalah yang menyebabkan semua file2 dalam laptop lama tu didelete buat selamanya tanpa pengetahuan aku. Ya Allah terkejut aku dengar semua tu.

Engkau orang mesti ingat jornal2 aku yang hilang kan? Taklah. File2 assignments dan LS aku semua aku sempat transfer. Tapi malangnya gambar2 kenangan dari asasi sampai ke degree dalam laptop lama aku tak sempat transfer memandangkan menurutku ketika itu file2 assignements dan LS lagi penting. Dan dengan harapan, apabila cuti semester aku boleh transfer gambar2 tu di rumah. Tapi itulah aku terlupa satu benda, "Expect the worse". Aku lupa kata-kata keramat ayahku tu. 

Kau boleh bayang tak gambar aku daripada kurus zaman asasi dulu2 (hikhik) sampailah ke gambar aku semakin gemuk masuk degree (muahahaha) boleh lesap sekelip mata je weh. Menangis tak berlagu la aku kat situ. Menangis lagi teruk dari putus cinta haritu beb (hikhik lagi). Jadi konklusinya barang penting yang aku hilang tu adalah gambar2 lama aku dari zaman budak2 sampai zaman dah jadi makcik2 bawang ni (opppss). Tapi aku rasa sekarang aku dah ok, aku dah boleh terima semua ni. Aku pun dah maafkan semua orang yang terlibat dalam kehilangan gambar2 aku ni hahahahaha. Aku dah maafkan sebab aku dah berjaya buat mereka rasa bersalah. Tu je penting, bila kau rasa bersalah, kau akan belajar something dari kesilapan kau dan dengan harapan kau takkan ulang lagi lah kesilapan tersebut. 

Sekian. Sekarang ni misi mengumpul gambar2 baru dan misi kurus semula of course. Hahaha doakan aku guysss.


15.8.17

List-to-do masa cuti.

Assalamualaikum....

Aku sejenis yang kalau dah nak dekat je weekend atau cuti semester/cuti umum, aku akan listkan semua benda yg aku nak buat. Dengan harapan agar aku berdisiplin untuk accomplish semua yang aku plan tu. Tapi sebenarnya planning2 ni baru je aku mula tahun 2015 haritu. Alhamdulillah..., walaupun x semua aku dapat jalankan but at least aku cuba untuk fulfill la. 

Macam mana kesnya aku boleh terdetik nak buat list2 bagai ni?!

Senang je jawapan dia, PENYESALAN yang x terhingga. Kenapa?!!! Sebab bila habis je cuti, aku rasa menyesal x buat apa2 padahal banyak je masa, sepatutnya dengan masa yang ada tu aku boleh je produktif tapi hmmm entahlah. Lagi satu sebab adalah memandangkan aku seorang mahasiwi, biasanya aku balik kampung halaman sebulan sekali atau kadang-kadang 2 minggu sekali bergantung atas situasi. Jadi bila dekat uni tu time call mak ayah, dengar suara mak ayah penat je. Masa tu timbul rasa bersalah sangat2 sebab time balik cuti dulu x manfaatkan betul2 tolong mak ayah dekat rumah. Tapi....Alhamdulillah, Dia sedarkan hambaNya ni masa 2015 haritu.

So, benda paling utama yang aku list adalah tolong mak ayah masa cuti, siap elaborate lagi dekat list tu tolong mak ayah sungguh2, buat keje biar perfect & last sekali buat dengan ikhlas. Dan, alhamdulillah, aku rasa cuti aku lebih produktif berbanding dulu2, dan yang paling penting mak ayah pun gembira anak ada di rumah. Sebagai contoh, mak ayah aku ni peseng (jenis) yang suka berkebun, bercucuk tanam, jadi aku ambik peluang cuti2 ni untuk tolong mereka berkebun. Seronok guys berkebun, x percaya  kena cuba la. Later on, I believe that I have a passion in gardening too, Subhanallah.

Seterusnya, dalam list2 tersebut juga aku akan selitkan aktiviti2 berkaitan dengan perihal di universiti contohnya seperti ulangkaji sikit & organize lecture notes yang berlambak ni, etc. Selain hal2 duniawi, aku cuba untuk masukkan hal2 agama dlm list aku contohnya macam solat jemaah dengan keluarga (simple one), hafal surah2 lazim, etc. 

Tapi sebenarnya dalam entry ni aku lebih pada nak menekankan isu tolong mak ayah la, bahagiakan mereka, luangkan masa dengan mereka. Sebab...... kita x tahu bila2 masa je dia boleh ambil nyawa orang2 yg Dia sayang & kita sayang. Allahu, aku dah x nak rasa menyesal, cukuplah penyesalan yang dulu2 yang menghantui hidup aku. Sekarang ni, aku nak habiskan sisa2 cuti aku ni untuk cipta kenangan dengan mak ayah aku, biarpun x ke mana-mana, di rumah juga boleh cipta kenangan sebanyaknya. In shaa Allah, doakan aku ye guyss supaya aku dapat taat mak ayah aku smpai mati. 

Sebelum mengakhiri tulisan kalini, izinkan aku nak luahkan rasa2 yang x mampu aku nak luahkan dengan mulutku. Aku sangat ralat dengan keadaan yang anak2 sangat taksub dengan gajet2 terkini, sehinggakan kadang2 lupa untuk berkomunikasi dengan keluarga sendiri. Mesti orang2 tua mereka, adik beradik mereka rasa terkilan sangat. Nasihat akak, cuba2 lah untuk kawal nafsu bermain gajet2 tu, x kemana pun dik. Nauzubillah. 

Sekian daripada Kak Nnn, kakak sulung yang garang lagi bengis *evil laugh*