Followers

31.12.12

Omma (Mak)


Perfect Two
 Selaku budak lepasan SPM, aku mengucapkan SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH kepada adik-adik yg akan menjejakkan kaki ke sekolah esok mahupun tahun depan. Baiklah, harini adikku, Munirah (seperti dalam gambar di atas) telah pun 'di-check in' kan ke asrama. For the first in her life and the first sibling that will stay in hostel. Bravo dik! Mu champion! Aku kalah dengan mu! Aku bangga atas keberanian mu!
Aku agak terkilan melihat ommaku (mak) menitiskan air matanye sebaik sahaje meninggalkan dorm adik td. So, aku try pujuk mak and hug her. Dik, pndai mu buat mak menangis, aku jgk yg kene pujuk! Hehe, see! Dah namanye mak, walau berpisah dgn anak sedekat mane pun tetap sedih apatah lg jauh. Oke, cukuplah aku berdramatik niatku cuma ingin adikku sedar sebaik sahaja die membaca entri ini. NgehNgehNgeh
...

Harini aku tersedar bahawe beruntungnye hidup kte pd zaman teknologi ni. Almaklumlaa, baru2 ni banjir kan. Mesin basuh boleh laa guna tp x sampai hati nak bebankan die dengan berbakul2 baju yg perlu dicuci dek terkena air banjir. Jadi, ntok mengambil hati si mesin basuh agr dia dpt bertahan lebih lama, aku pon rela membasuh kain baju dengan tangan sendiri. Terasa pulak mcm berada sezaman dengan arwah Tan Sri P. Ramlee & sewaktu dengannye. Yelahkan, kan ank2 dara sama naik dgn mak2 dara akan bawak sebakul kain yg nak dibasuh kt sungai. Yg beza aku ngan diorang, diorang berkemban aku plak berwaspada, yelah, mcm mane tak nye -mamat2 hindustan penuh depan rumah. Ish, rse nak pkai topeng mcm perompak tuu pon ade. Malu laa katakan. Hehe *gediks nyah*
...

Okelaa, caww dulu. Assalamualaikum :)

30.12.12

Lagi banjir cerita (baca dari kanan ke kiri)




Photo: Air naik ngan cpt... Pkul 12.30tghari, bdr baru bukit mentok di tenggelami air.
Rumahkn, mcm taj mahal x ? :)

Photo: Air naik ngan cpt... Pkul 12.30tghari, bdr baru bukit mentok di tenggelami air.
Ayahanda pulang ke rumah bersendirian untuk menutup switch fridge.


Photo: Air naik ngan cpt... Pkul 12.30tghari, bdr baru bukit mentok di tenggelami air.
Entah jiran mane ni. Aku x rajin nampak plak.


Photo: Air naik ngan cpt... Pkul 12.30tghari, bdr baru bukit mentok di tenggelami air.
Haa, ni pokok pelam yg sering menjadi port letak kereta.

Photo: Cleaning day... Thanks pd staff extra basic, aizat, aiman atas kesudian nenolong krj pembersihan srta abg lan atas lunch yg disediakan. Allah saja membalas budi kelian.
Haa, amek kaw. Mesin basuh dengan drier pon boleh tunggang langgang.















25.12.12

Terima Kasih :D

Assalamualaikum.

Sekarang ni heboh berita banjir kan. Tak silap aku kt Besut (Terengganu) ade sorang dah nyawa terkorban. Innalillah. Sedar x sedar dahh hampir 7 tahun tempat kediaman aku yg terletak di bandar Chukai, Kemaman, Terengganu x banjir, namun akhirnye banjir juga pd hari ni.

Segalanye bermula begini...
Malam semalam ( Hari Selasa), aku balik agak lewat dari kelas latihan silat yg terletak tidak jauh dari rumahku. Time balik tuu, aku dan ayah tengok laa air longkang utama/besar. 'Ish, tgok flow air ni macam ade gaya nak banjir jee ni, laju plak tuu', ayah aku menerangkan selanjutnye mengikut konsep fizik. Aku pon angguk jelah kan. So, malam tuu. Ayah sempat lg bawak Adib, which is the youngest in my family jalan2 naik moto tgok air. So, mase nak tido tuu lebih kurang dlm pukul 1 pagi. Adib tido dengan aku. Adib asyik suruh aku cakap pasal banjir banjir banjir. Aku pun layan laa. Sampai laa satu ketika tuu Adib bisik kat aku, 'Kak N, Adib rasa esok banjir laa. Adib rase tak selamat laa'. Aku pun tenangkan die, then kami recite the prayer together gether. Bukan sampai situ jee, Adib still x boleh tido. Mula2 layan lagi laa lepastuu lantak kau laa budak. *SUDAH TIMBUL KEBOSANAN DISITU* Hahaha. :D Then, dlm pukul 1.40 ptg aku terlelap kot.
...
'Ya Allah Ya Allah Ya Allah', tuu lah yg terkeluar dari mulut aku sebaik saje aku terjaga dari tidur dalam pukul 3.30 pagi. Sebenarnye, aku terjaga dlm keadaan terkejut kerana aku dengar deruman bunyi motorku di luar rumah dan bunyi pintu pagar yg dibuka dan seterusnye bunyi motor yg berlalu pergi dari kawasan rumah kami. Aku sangkakan ade pencuri motor yg mencuri motorku, al maklum laa kes2 kecurian ni mmg femes di kawasan ni. Walaupun motor tuu daa veteran tp ia tetap sebuah motor yg bermakna bagiku. Mase perkataan perkataan di atas keluar dari mulutku dalam nada yg penuh kegelisahan, dan hembusan nafasku kian kencang terus saje pintu bilik aku di buka oleh mak. Aku terus menanyakan mak ke mana ayah aku. Rupa-rupanya, yg menunggang motor itu ialah ayahku. Ayah terus keluar sejurus mendapat panggilan yang air longkang kian menaik dan kemungkinan banjir akan berlaku. Aku terus mengajak ayahku keluar. Dan, aku nampak dengan mata kepalaku sendiri anak ular sedang menyusur di dalam air tatkala sarangnye punah kerana air. Seterusnye, aku cepat2 kemas umah kemas bilik tolong ayah mak angkat barang semua. Lalu...... *macam dah letih nak taip, aku pendekkan cerita terus* Kami segera daftar di Sek. Men. Keb. Bukit Mentok. Sepanjang berada di situ, mcm2 cerita kami dengar. Terutamanye berita tentang paras air yg sgt membimbangkan. Berdasarkan gambar dalam handfon ayah, banjir kali ni merupakan banjir terburuk stakat ni. Haaa ? Mcm mane ayah bley ambil gambar ? Sebabnye, berita yg membimbangkan tuu menyebabkan mak teringat yg dia terlupa untuk menutup switch fridge di rumah. Lalu, ayah terus bergegas pulang ke rumah dengan takat air paras pinggang seorang diri. Mcm2 berita sedih yg kami terima drpd ayah tentang keadaan rumah kami. Sungguh sayu namun kami redha.

Sebagai pengakhiran, terima kasih kpd sanak saudara, teman2 seperjuangan *cewah* yg tidak putus bertanyakan keadaan kami sekeluarga. Tersentuh hati apabila diri kita masih diingati walaupun jauh di mata. Dan tidak lupa juga kpd kawan2 ayah yg menawarkan kami tempat tinggal pakej keluarge tanpa sebarang caj- Terima kasih byk2. Kami sgt2 lah terharu.......


  • Wahai bujang sebelah rumahku, tolonglah jangan tidur mati. Memang ade lah dalam 15 minit ayah aku tercegat depan pintu rumah diorang duk ketuk ketuk pintu kaca tuu. Hahaha, kelakar jugak bile diingat balik. 
  • Terima kasih sekali lagi. Allah sahaja yg mampu membalas budi baik kalian. :D

19.12.12

Wichlists

Hepy Besday my friend, Anis Afiqah Alias. Aku teringin nak peluk, tgok muka, cakap dan gelak gelak dengan mu hari ni.
Tapi, mu pergi Kuantan kan ? Klau mu dok g  Kuantan pon belum tentu aku dapat g umah mu
musim2 hujan gini. Aku dah sedia hadiah untuk mu 2 hari lepas agy. Aku harap mu suka dan takkan lupa arh hadiah ni.


  • Okelaa sygku Anis, harap mu dapat straight As + nanti
  • Harap mu berjaya dalam ape jua perkara mu buat
  • Harap mu suka hadiah aku ( memang yg ni aku highlight!)
  • Harap mu sentiasa bahagia.
  • Harap mu selalu jage diri mu sebab aku sayang mu!
...

Kebetulan pula tarikh lahir Anis sama dengan tarikh pengumuman keputusan PMR 2012, sepupu aku dua orang yg ambil result hari ni. Dua dua orang sepupu belah mak. Alhamdulillah, dua dua berjaya dapat 8A. Tahniah wahai sepupuku sekalian. Ade sorang tuu yg mntak hadiah daa. Hee, insyaAllah aku carikan. Ngeh3. Nak bagi mende dok tahu. Emm..
So, alang2 bercakap pasal PMR ni. Terasa mcm nak bersyarah kt sorang budak ni. Dia ialah adik aku, Munirah Rosman. Wahai adik, harap2 mu dah sedar tahun depan mu dah PMR. Aku & mak ayah hanya boleh tolong setakat mampu, yg lain atas mu belaka. Ambil semangat daripada kejayaan Farah & Hidayah ( sepupu ) supaya mu pun boleh berjaya jgk dlm PMR. InsyaAllah.