Followers

2.11.13

Kronologi Sem 1 (1st year) 13/14






Assalamualaikum. 

Wah dah nak habis cuti sem aku dan aku baru nk update pasal experience sem 1. Drpd mula2 aku jejak kaki dekat Uia Pj ni atau ringkasnye CFS smpai laa ke hari aku habis last paper. In shaa Allah. 



 So gambar2 ni semua time Taaruf Week. Segala mak nenek yg berlaku time Taaruf Week ni aku dah cerite dlm entry sebelum2 ni. Hehe, secara ringkasnye. Taaruf Week sgtlah tidak seram seperti yg dikhabar anginkan oleh org ramai/ramai org. Hahaha:D

#baju batik batch aku kaler turquoise, sukeeeee!


 ..................................................................................................................................................................



Seterusnye, ni plak mase Ibadah Camp. Ibadah camp ni 2 hari 1 malam di bilik sendiri jeee. So, what to worry ? Hehe, Alhamdulillah spnjg camp ni berjalan aku tk ngantok pon, enjoy jeee dgn aktiviti2 yg dilaksanakan. Byk laaa input positif yg aku dpt dan ape yg paling obvious drpd camp ni aku dpt rase yg self-esteem aku makin meningkat dr semasa ke semasa.

Emmm, yg paling kelakar mase buat jet kertas dan kami kene naik ats stage untuk propel our jet. Aku ape lg, panaskan lah enjin jet kertas tuu dgn care meniup-niup di hujung jet tuu dan kebetulan plak mase tuu motivator nmpk aku buat cmtu. Terus die mention ape yg aku buat, mmg malu ok. Hahahaha :D


...................................................................................................................................................................


Nmpk hamper tuuu ? Haaaaaa, ni team aku mase Arabic Workshop. Alhamdulillah dpt group yg sgt2 supportive dan sporting walaupun baru kenal haritu jgk. Tk silap aku, kami dpt tempat ketiga dlm competition haritu. Yg paling best pasal Workshop ni adalah group class Aarab aku dpt masuk free sb Ustazah Arifah belanje kiteorg. Syukran Jazillan Ustazah. 


...................................................................................................................................................................


Yummy kfc !!!!!! Alhamdulillah, sekali lagi rezeki kami satu kelas Arab. Ustazah belanje lagi. Moge2 ustazah dan keluarga dimurahkan rezeki. Aminnn... Mase ni kelas terakhir kami sebelum final exam. Sekali lagi, syukran ustazah. Uhibbufillah jiddan jiddan!


...................................................................................................................................................................







 








Percaya tk kalau aku ckp aku dan roomate aku pergi Klcc sehari sebelum fnal exam ????!!! Ehhh jgn ternganga dulu, kami bukan sesaje tau buat cmni tp 'terpakse' tau. Hahaha, begini ceritanya.....Sebenarnya pd hari tersebut Mahallah (residential) aku dilanda masalah tiada air. Tetibe dpt announcement yg masalah ni tk tahu lg bile akn selesai. Cube bayangkan, tk kan lahh aku tk mandi satu hari. Tuu oke laaaa, dh tuu kalau dijadikan harituuu satu mahallah sakit perut. Aaaaarrrggggghhhh, nauzubillah....... Mintaklah dijauhkan drpd perkare sedemikian.

So, lps buat sidang mesyuarat dgn roomate2 sekalian, kami bercadang untuk pergi Midvalley sb tuu paling dekat. Dahtuuu cmne boleh smpai Klcc klau nk pegi Mid ??! Emm, ni laaa nk dijadikan cerite plak (byk plak cerite kau), kiteorg naik laa bas rapid yg terpacak kt depan pagar. Ckp laaaa nk pegi Mid, plak elok driver tuu ckp yg bas tk pegi Mid harini sb jalan jem ade marathon ape ntah. Aduih, sekali lagi mesyuarat terpakse dijalankan......Last2, kami decide pegi Klcc, alasan die satu jeee dan sgt kukuh iaitu ade tmpt yg very condusive untuk study iaitu Kinokiya. Hahahaha

Stesen Lrt KelanaJaya laa port kami bersihkan diri ape semua dan solat. Alhamdulillah. Selamat sampai Uia dlm pukul 9 malam. Actually, byk lg berlaku. Tp......mcm malas jeeeeeee. Oklah stkt ni jee.


...................................................................................................................................................................

Mase sem 1 ni jgk aku ade pengalaman yg x boleh melupakan iaitu makan dalam talam for the first time dlm hidup aku. Makan berkongsi seramai 6 org. Dah laa tuuu, suapan pertama dan suapan terakhir tuu mesti suap dekat semua org yg berkongsi sama tuu. Tulahhh. Aku tkleh lupa.

24.10.13

Ma-as Salamah Sem 1 13/14

Assalamualaikum :)

Selamat Tinggal Sem 1,

Sem 1 yang ......


  • membawa ramai insan baru ke dalam hidup aku
  • jadikan aku seorang yg semakin berdikari tanpe mak ayah di sisi
  • melatih aku agar bersabar dalam setiap perkara, in shaa Allah 
  • mengajar aku supaya menerima sebarang kekurangan yang ade kerana tiada yg sempurna di dunia ni. Yang sempurna hanyalah Dia
  • membuatkan aku kurus laaaaaaa sikit drpd sebelum aku masuk U. hahaha
  • sedarkan aku bahawa pengurusan masa tuuu sangat amat penting. alaaa, penah dengar tk quote ni, 'while we are postponing, life speeds by'. emm, masa aku rase lebih berharga dari emas berlian permata semua tuu kot
  • yang pendek kate, memberi pengaruh positif & baru dalam diri aku, alhamdulillah
Ya ALLAH, cepat betul mase berlalu. Aku bakal melangkah ke Sem 2 yg bermula awl bulan November ni. Doakan agar aku diberi kekuatan dalam menempuh dugaan sebagai seorang pelajar universiti yg dikelilingi oleh pelbagai perkara yg kadang2 boleh membuatkan aku tersungkur. Wa'alam.

18.7.13

Appa, hepy besday :)

Assalamualaikum Ayah :)
*ayah bace ke blog akak yeee*

Aku & Ayah graduate silat same2, kihkihkih!

So, besday ayah tahun ni dalam bulan Ramadhan yg penuh barokah ni kan. Well, tahun ni tahun pertama kakak tk dpt smbut besday ayah same2 kan, almaklumlah org dah duduk jauh. Jauh laa jgk Petaling Jaya dari Terengganu, kire boleh buat solat jamak qasar laa kan. Kihkih3.

Emm Ayah..... Terima Kasih yee sb dah jadi ayah yg terbaik selama ni. Kakak jee tahu betapa beruntungnye dpt ayah mcm Ayah. Ayah yg juge dlm mase yg same menjadi cikgu kakak, ustaz kakak, driver kakak *eh silap2, gurau jee*, motivator kakak & segale mcm lg.

Emm Ayah...... Jage diri baek2 yeee. Maafkan salah silap kakak yg tk terkire spnjg bergelar anak ni. Doakan kakak dunia akhirat. Terima Kasih ayahanda tersayang.

 No one could replace you, i promise. Even if one day I may find my prince but you'll always be my King!

11.7.13

Genap Sebulan. Alhamdulillah.


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, akhirnya genap sebulan aku berada di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia atau lebih gah jika dipanggil dengan nama CFS IIUM (Centre for Foundation Studies International Islamic University Malaysia). Alhamdulillah aku berjaya menangkis segala perasaan home-sick bagai yg menyusahkan hidup tuu dengan senang. Alhamdulillah, dapat roomate & classmate yg sporting & baik2 jugak. Alhamdulillah jgk sebab campus sini tkdelah sebesar dekat main campus di Gombak, tapiiiiiiiiiiii tetap penattttttttttt. Kihkihkih.

So, minggu pertama as a freshies, aku & freshies yg lain ade Ept, Apt, FenT & Tent. So, Ept stands for English Placement Test yg standard die mcm TOEFL laa kot *aku hentam jee, jgn marah*. Aku tk study mane pon just recall balik bombastic words yg aku pernah tackle dahulu kala. Then, Apt stands for Arabic Placement Test, aku just tulis nama & tidozzzzzzzzz. Hahaha, FenT plak mcm test Fardu Ayn laaa, alaaaa mende ni mende yg kite blajar dari tadika smpai tua janggut *amboi*. Mcm, bab puasa, wuduk, solat and so on. Last but not least, TenT plak ialah Tilawah punye Test. So, kene mengaji laa jawabnye. Nk habaq mai, mase aku mengaji tuu kan tetibe nafas plak lg kuat dari suara. Emm, mmg dah boleh agk laa resultnye. Kihkihkih. So, as a result of all those tests aku dapat program 2 tahun sebagai pelajar asasi Farmasi. In shaa Allah, 2 tahun lg akan ke main campus di Kuantan. Amin.......

Dah habis psl test yg tk berape best, aku nk cerita pasal Taaruf Week plak atau org selalu panggil Minggu Orientasi. Standard Minggu Orientasi mmg seminggu laa kan ? So sepanjang seminggu tuu mmg penat laa sb kami diberi jadual untuk perjalanan aktiviti sepanjang seminggu tuu. Tapi, penat pun tetap best! Thumb Up! Mase taaruf week tuu kan semua brothers & sisters yg arrange & guide kiteorg. (senior dipanggil sisters/brothers). Daripada situ kan, aku nampak dorang punye kerjasama tuu tk goyah laa, mmg mantap laa. Patut dipuji, alhamdulillah. Sisters semua baik2 caring2 cute2 lak tuu, alahai geram aku tgok! hihi
Emmmmm, mase hari last tuu kan time sisters bagi ucapan terakhir dorang & mntk maaf bagai, aku rase touched sgt sb bg aku mereka layan junior2 ni dgn baik laaa. Klau marah pun mcm x mrh, hehehe. In Shaa Allah, jasa2 sisters & brothers akan dikenang :)

So, baru2 ni jugak (before Ramadhan) aku baru je selesai Ibadah Camp which is compulsory to all of the first year students if i'm not mistaken laaa. Emmm, kem ni 2 hari jee. Sekejap sgt rasa. Sepanjang dua hari ni pelbagai input yg berguna laa yg aku dpt. Alhamdulillah, sedikit sebanyak aku improve aku punye confident level yg tk berapa high ni. Kihkihkih. Yg best jgk tuu dapat kawan baru :) Hari last ade qiamullail & alhamdulillah pendek kata semua berjalan lancar. Selesai satu kewajipan aku sbg student Uia. :)

Sebelum mengundur diri, aku nk mntak jasa baik sesiapa sahaja doakan kejayaan aku & teman2 kt sini. Terima Kasih :)

Assalamualaikum.

Awk Nak Kahwin ?

Sumber: Pakcik Google

Kamu Berkahwin Kerana Apa?

> Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEKS, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan .

> Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bankrup .

> Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut .

> Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak .

> Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya .

>Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal² yang lebih baik , tanpa kita sedar cinta itu hilang di hati.

Akan tetapi,

> Jika hakikat pernikahan anda adalah kerana untuk menyempurnakan IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI.

> ALLAH mencintai hamba-NYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya . Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan menderhakai ALLAH.

> Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh,
> Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut,
> Jangan Menintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia Boleh Hancur,
> Cukuplah Mencintai Seseorang Sehujung Kuku,
> Walau Kecil, Walau Selalu Dipotong, Ia Akan Selalu Tumbuh..

handmade:)

9.6.13

CFS IIUM PJ 2013


Assalamualaikum to all my sweet readers :)

Today, I will be a part of the CFS IIUM PJ (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) freshies. A very famous and an accredited university in Malaysia. To be honest, I'm so nervous when I know I got this offer but still I thanked Allah for give me this rezeki. He knows what the best for me, right ? 

Btw, I just can't imagine the way I will answer those two tests during orientation or here we called it Taaruf Week which is English Placement Test (EPT) & Arab Placement Test (APT). Maybe for English, I should just read many kinds of English books materials but then I still don't get any idea for Arab that I'm actually have zero basic in Arab. However, after doing some research on APT, seniors said that we don't have to worry about the APT that the effect is just I will be placed in the Level 1 of Arab class, learn the same thing as the primary students learned. How fun.

Emmm, not to forget I'm the PHARMACY FOUNDATION STUDENT. Hopely everything will be fine. In shaa Allah, I will update my life journey as a UIA student. Do pray for me okey guys dudes. And, sorry for all my mistakes. 







Ni gmbr akak senior, ni kain sarung yg dipakai tima taaruf week with baju kurung batik.
UIA pointer.


Allah huakabar! Give me strength Allah, amin.....

3.6.13

Kenduri di Selama, Perak.


Assalamualaikum, 

Harini merupakan hari kedua aku ade dkt rumah sebaik pulang dari kampung. So, sesape yg nak dtg umah tuu dipersilakan. Hehehehehe :)

So, balik kampung ni sb ade kenduri kawen, kakak mak aku kawen! yeay! Betullah kan, klau dah jodoh tk ke manenye. Kemaen lg aku ckp mcm dah kawen je kan. Kih3. So, perjalanan dari Kemaman ke Perak semua oke, tambah2 lg cuaca sejuk hujan sedap laa berjalan jauh. Tk pening sgt duk dalam kereta selama 8-10 jam kot. Emm, Dan, perjalanan pulang ke Kemaman pun hujan jgk, alhamdulilah. Tapi.... still aku muntah sb makan byk kot sebelum bertolak tuu, hahahaha. *part x pyh cerita pun sbnrnye*

So, mcm biaselah mmg persiapan kaw kaw punye sepenuhnye bantuan keluarge kerabat sb xde maen katering2 ni. Hahaha, So as a Anak Dara aku sibuk laa jgk dgn persiapan tuu smpai nak mencelah bangun slewat pon tkde chance punye. Nyampah mak! emm, habis psl persiapan kite story lak psl kenduri kesyukuran keesokan hari after akad nikah tuu. 

Hari kenduri tuu aku & beberapa lg sepupu perempuan kene jage lauk which is as pencedok lauk laa kan. Tp, aku hnye stay as pencedok lauk beberapa jam saje. After that aku lari. Helllo, aku bukan lari tidor ke berehat ke oke. Tapi aku buat keje yg lg berat kot. *BERLAGAK SIKIT* Aku lipat lengan baju aku smpai ke siku *tipu jelah, aurat kot,lol*. Aku sebenarnye resign jd pencedok lauk sb aku tgok mcm kelam kabut sgt time kenduri tuu dgn pinggan lmbt smpainye. Aku pun dgn pntasnye pegi kutip pinggan, cawan kotor pegi hntr kt tmpt cucinye, then aku angkut plak pingga,cawan bersih letak kt tmpt sepatutnye. Kejap2 lg tima lauk dah nak habis aku cepat2 laa pegi dapur angkat lauk, kire refill laaa. hehe, Lepas tuu, mmg aku kene ulang alik sentiase sb org makin ramai. Smpailah pukul 3ptg barulah org mcm dah x ramai. Keadaan tenang laa sikit.

Malam tuu plak, ade acara pengantin buka hadiah & kire duit. Hahahahahaha, yg ni tk pyh laa kot nak describe, lenguh tangan. Emmm, btw. Ptg tuu after kenduri dah habis, aku ngan ayah pegi ke Pekan Selama cari kek untuk mak, kan besday Mak Ku Sayang. Ayah, so sweet!

Tuu je kot serba sedikit psl kenduri. Letih tk terkata. Peace :) But alhamdulillah, everything went well.

Ayahku, senyumanmu manis bak gula gula. cewah cik akak!

sepupu & ank sedara jd bestfriend

Adik bongsu aku, aku dgr cite die jatuh dr kambing sb kambing tuu naik angin, hahaha 
Mak, berjubah maroon.

Two brothers of mine.

Cousins....

'anak sedare' khkihkih

Pengantin perempuan which is my Mak Teh!

1.6.13

Omma, this is for you !

Assalamualaikum mak :)
I bet that you're reading this when I'm busy with my foundation studies in Petaling Jaya. ^ ^


It's the first day of June and it's your birthday, mum...
So, a very Happy Birthday to you Mak! May Allah bless you forever & ever.

Gambar ni mase kenduri kt kg, me with mak (when I  was slim & not a spectacle girl,haha)

Present ? Seriously you want it ? If you really want it please call me after reading this entry! Hahahaha.
For sure, the most best gift is that you're always in my du'a. In shaa Allah :)


22.5.13

First Medical Check-Up


Assalamualaikum Semua :)

Nabilah yakin semua nmpk gambar kt atas tuu kan, kihkihkih (sejak bile ayt aku sopan sgt ni?)
Memandangkan aku bakal menjejakkan kaki ke menara gading nanti (ayt wajib karangan bm,haha), menjalani medical check-up merupakan kewajipan yg perlu ditunaikan dengan segera sblm registration day. Jadi sesampai sahaja aku di Klinik Kesihatan Batu 4, Air Putih, Kemaman, Terengganu (amboi!address sekali nmpk!) aku terus ke kaunter pendaftaran. Aku bg laa medical check-up form yg dah di-print terlebih dahulu sebelum dtg sini ( setiap universiti ade form medical checkup sendiri, jd sila download & print).

So, akak tuu suruh aku ambik no. giliran & tnggu kejap. Bile nama aku dipanggil, aku sekali lg diminta ambil no. giliran yg lain & tnggu plak dkt ruangan pesakit luar. Haaa, lupa nak gitau. Mula2 aku ditemani oleh ayahanda namun aku memintanye kembali ke tempat kerja sb aku tau ayah sibuk. Then, tunggu punya tunggu memang lame. Lepas tuu nama aku dipanggil di bilik 2.

Di Bilik 2, berat dan ketinggian aku diukur oleh seorang lelaki yg berdialek Kelantan atau mungkin Besut (not sure). Seterusnya, mata aku pula diperiksa. Dah pakai kaca mata pun nak di-check lg, x phm btol, kihkihkih. Sebelum tuu, tekanan darah aku juga diperiksa. Jujurnya, wktu tuu aku sgt nervous, tk tahu laa kenape.

Selesai ujian di bilik 2, aku diarahkan pula ke Makmal untuk urine test. Waktu menunggu td, aku ade juge perhatikan ruangan makmal tuu. Hanye wanita2 yg mengandung sahaja yg berlegar di situ, so my mind sets yg org yg pergi makmal tuu hanye yg mengandung. Tupp tuppp, aku disuruh pergi ke situ. Malu ade jgk sb nanti org igt aku mengandung pdhl tkpun! Hahahaha, aku pun dah strt jd blur sb malu. Satu2 aku tnye akak2 yg bertugas kt situ. Baik pulak akak tuu jwb soklan aku, alhamdulillah~ Tnye baik2, mesti org jawab baik2 punye. Amin...

Unit Pengimejan Diagnostik merupakan destinasi seterusnya. Ni laa tempat untuk x-ray. Kertas hitam dlm gmbr kt ats tuu is my x-ray result. Excited first time pegang & tgok ! Tk jakun kan ? :p
Mase x-ray ni kan kejap jeee, dia suruh inhale kuat2 & terus dia picit satu button dan siap! Dlm 5 saat jee kot. Betul! Yg lame tuu aku rase tukar pakaian. Kan ?

Tempat last yg aku kene pergi ialah bilik doktor untuk pengisian medical check-up form. Muda lg doktor tuu tp daaa ade anak & berkelulusan luar negara (Russia), pergh! Serba serbi aku tnye. Aku mntk doktor tuu explain keputusan x-ray aku, ade jgk part bergelak ketawa dgn doktor tuu, she's sweet, alhamdulillah. Doktor ckp x-ray semua oke, urine test normal xdelah lebih sugar ke salt ke. Jantung pun alhamdulillah. Bile nk kuar tuu doktor pesan laa belajar elok2 sb die tahu aku dpt kos ape. Terima Kasih doktor ! :)

Aku keluar bilik doktor tuu dengan senyuman, alhamdulillah..... Semuanye baik. So, habislah cite aku untuk pengalaman medical check-up yg pertama dlm hidup ni..... (mujur xde cucuk2 ke hape, seram jgk sebab td aku keseorangan, kalau ade teman boleh gigit tgn dorang,lol)

17.5.13

Sharing & Education.


Assalamualaikum and a very good afternoon to all of you!



Since, aku ialah calon lepasan spm 2012 aku sgt mengetahui bahawa sekarang ni semua tengah duk sibuk tnye kengkawan yg lain dorang dpt tawaran upu kt mane kan ? Jgn tipu laaa, aku pun cmtu kot...kihkihkih Emmm, yg sedihnye ade teman2 seperjuangan yg xdpt upu. Tkpelah, jgn bersedih sgt yee, teruskan perjuangan - x kirelah form 6 ke ape ke, semua elok selagi kite berusaha nk berjaya. Tak gitu ?

Sepanjang bergelar penanam anggur tegar ni kan, aku byk menghabiskan masa depan laptop mencari mklumat tentang ipta-ipta , matrikulasi, pro-contra segala tuu. Selain aku dpt pelbagai mklumat yg aku tk pernah tahu pun sblom ni, aku belajar satu benda drpd semua ni which is PERKONGSIAN.....

Yes! Perkongsian... Aku dpt byk mklumat pun melalui blog2 akak2 abg2 senior2 yg sudi berkongsi pengalaman dorang. Ya Rabbi... Bersyukur sgt sb mereka ni ade hati yg baik nak berkongsi pengalaman yg sgt berguna untuk junior2 mcm aku ni untuk buat pilihan yg tepat. In shaa Allah.... Semoga Allah membalas jasa baik kalian. Amin....

Dengan izin Allah, jika aku dipanjangkan usia kt dunia ni, aku berminat untuk berkongsi pengalaman untuk bakal2 junior aku plak. Aku paham ape yg dorang akn rase nnti time nak buat pilihan untuk masa depan mereka tuu nanti. In shaa Allah.

Nmpknye istikarah perlu dilakukan untuk pilih perjalanan aku lepas ni. Doakan aku semua :) 
Terima Kasih!



15.5.13

We Meet Again,

Aku & Munirah (tudung pink)
 Aku & Munirah ni kawan since sekolah rendah lg. Tapi kami berpisah apabila nak naik ke sekolah menengah sb die dpt twaran lain, aku pun dpt tawaran lain. Berpisahlah kami. Tapi...... Walaupun kami tk sama sekolah, kami still keep in touch melalui sms ke, call ke, meet ke...

Even, few weeks before SPM pun kami study same2. Alhamdulillah, ade jgk rezeki kite study same2 walaupun bkn selalu. Satu bende yg aku suke pasal Munirah ni ialah die sgt tabah dlm dugaan yg menimpa die & keluargenye pd thun sebelum ni. Aku hanye mampu pinjam sedikit kekuatan die tuu untuk dijadikan pedoman hidup.

Emm, sekarang kami berpisah lebih jauh memandangkan Munirah terpaksa berpindah ke Kuala Berang while aku jauh nun di Kemaman. Tkpelah, setiap pertemuan pasti ade perpisahan, jgn lupaku dlm doamu yee  sahabat...

Last but not least, all the best Munirah! Iloveyou!

Assalamualaikum :')


Ecah & her handsome sista!

Our #1 Reunion - 5 ADVANCE/2012

Assalamualaikum....

Argh, rindunye blog ni. Lame jgk tk update, so sekarang nk update puas2 laa konon. Btw, smlm hari Selasa aku & ex-classmates buat Reunion - our very first reunion :)

Tempat  : Pantai Teluk Mok Nik ataupun ikot mat salehnye ' Monica Bay '
Masa     : 3 p.m - 6 p.m
Bayaran : Bayaran amat berpatutan, don't yuhh worry! hehehe...

Dari depan ke belakang ( Sakinah, Rusnia, aku si tudung merah, Tuan Anis)
Dari kiri ke kanan (Amalia, Aleena,Anis si tudung pink)
Semua bersungguh2 hidupkan api tapi Amalia ??! :)
Girls only  ^^
The gorgeous guy from left ( Haziq, Nabil, Adib, Shahmi, Hazman)
Semua dah kenyang, so it's time to go back. Fatin, what're you doing huhh?! :p
Sorry Adib, I blocked You! hehehe
She's Anis ( tudung pink). Bff forever, in shaa Allah :)
Fatin -  Nabilah - Anis
Dalam pukul 6 ptg tuu kami ( aku, Fatin & Anis) gerak balik rumah Fatin. Of course Fatin drive sb die jee yg ade lesen kereta antara kami bertiga. So, dah sampai tuuu Fatin ajak tengok barang2 yg die packing nk pegy UTP nanti. Wah, byk kot yg perlu di-prepare. Emm, tetibe mood sedih dtg tapi macho mesti jage, malu ahh nanti nangis! kihkihkih

Lastly, to all my beloved friends samada yg tk pergi ke reunion smlm, Nabilah ucapkan all the best to all of you.... Nabilah will miss you! Belajar leklok nohhhhhhh!!!