Followers

31.7.15

#sabahjer




Lebih kurang dua bulan lepas, aku dan kawan2 uia escape to Sabah, Negeri Di Bawah Bayu after a few weeks of our final examination for foundation studies. Alhamdulillah, yeay! Dah habis asasi. Sebenarnya kiteorg rancang mende ni dari awal lagi. Alhamdulillah, akhirnya enam sekawan berjaya menjejakkan kaki ke Sabah. Here we go......


First Day . (24/5/2015)

Sesampai je di Airport Kota Kinabalu, kereta sewa kami sekali dengan abg pemandunya dah menunggu, habis jee settle duit semua terus cawwww ke Kundasang (latar muzik Tinggi2 Gunung Kinabalu). Dalam perjalanan menuju ke Kundasang, kami singgah di banyak tempat. Antaranya Pasar Filipina, Gerai Kelapa Bakar dan Lokan Bakar di Tuaran, Crocodile Farm dan Jambatan Tamparuli.




Btw, saje nak gitau ni first time aku naik flight. Excited, takut semua bercampur baur. Tapi aku chill je sebab kawan2 aku semua bagi sokongan moral lullzzz.
Haa, ni lah kelapa bakar. Lokan bakar xde gambar. 
Ni di Crocodile Farm di Tuaran.




Apa yang menariknya kat sini, selain boleh bagi makanan kat haiwan yg ada kat sini, crocodile farm ni jugak ade crocodile show everyday x silap aku. Crocodile show ni bagi aku best laaa jugak tapi sambutan tuu cam hambar sikit. Lepas tuu dia ade jgk butterfly farm tapi tak byk sgt laaa yg aku nampak kih3. 

Enam sekawan.
Ok, ni di Tamparuli. Sebenarnya kami bergambar di atas jambatannya tapi aku malas laa plak nk upload gambarnya. Pakcik Driver ckp rugi klau datang Sabah tapi tak pergi bergambar disini. Haaa, pakcik yg kiteorg dapat ni agak sporting laa orangnya, alhamdulillah!


Malam pertama di Sabah kami ber-bbq hasil kutipan di Pasar Filipina, pergh seafood fresh.


After dah singgah semua tempat yang sepatutnya, kami meneruskan perjalanan ke Kundasang yg mengambil masa lebih kurang 2 jam dari KK. Journey ke Kundasang ni mungkin kenangan yang aku paling takkan lupa kot. Sebabnya, perjalanan kami ditemani hujan, gelap dan kabus tebal yg aku tak pernah jumpa di Semenanjung. Walaupun agak menakutkan tapi seronok. Btw, aku suggest sesiapa yang first time nak naik Kundasang, u guys better ambik khidmat pemandu kereta sebabnya cuaca kat atas tuu tidak menentu. Jalan dia pun ala2 Cameron Highland sampai aku tak boleh tidur langsung sepanjang perjalanan tuu. So aku habiskan masa dengan bercakap dengan Pakcik Bob memandangkan aku co pilot pada waktu itu, hahaha. Yang lain semua dah pengsan kat belakang.

Sampai je di Kundasang, kami terus check in di Rosewood Room Cottage yang tak jauh dari pekan Kundasang dan yg bestnya jimat kau biarpun terpaksa berhimpit sikit, takpe semua tuu kenangan indah haha. Yg bestnya lagi pasal Cottage ni adalah pemiliknya Muslim siap bagi kami guna set bbq without any extra charge.



Second Day . (25/5/2015)

Lokasi hari kedua di Sabah ialah Desa Dairy Farm, Kinabalu Park, Sabah Tea, Ikan Kelah Luanti, Poring  Hot Spring dan Pasar Filipina.

Desa Dairy Farm

Jumpa plak group dak uia yg lain kat sini, jodoh uia sesama uia sgt kuat k.

Aku boleh kata yg Desa Dairy Farm adalah destinasi yg wajib dilawati kalau korang dah alang2 ada kat Kundasang ni. Subhanallah pemandangan berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu boleh bagi kau suntikan keceriaan sepanjang hari acewahhh. Angin sekitarnya sangat sejuk dan nyaman pergh. Kami plak dah terpacak kat tempat pukul 8 pagi lagi kes nak ambik gambar view Gunung Kinabalu punya pasal. Kalau lewat2 memang tak merasa laaa nak tengok Gunung sebab dah ditutup dek awan. 

Aku paling rindu aiskrim gelato vanilla chocolate fresh kat sini. Kalaulah kat Semenanjung ade aku mesti pegi beli dan makan tiap2 hari sampai muntah. K over! K bai!

Kinabalu Park



Kat Kinabalu Park ni, Pakcik ajak kami pergi tengok checkpoint pertama yg org nak daki Gunung ni pergi. Sesampai jeee kat atas ni, yg kelihatan hanyalah kabus tebal ala2 berada di tempat bersalji. Mulut pun acah2 berasap, nyampah plak bile tengok tak berasap pun. Turun jee dari kereta aku rasa cam pening2 lalat sebab tekanan kt atas ni rendah, tapi ku gagahkan jua badan sebab jauh kot dtg Sabah, hihi. Ya Allah, nyaman sangat udara kat sini.


Ikan Kelah, Luanti



Ikan Kelah Luanti ni mcm boleh laa nak fefeeling feet massage. Boleh bagi makan tapi takboleh makan ikan ni, haaaaambar! Pakcik kate tempat ni tempat orang asli jaga so tak boleh buang sampah merata, buat bising plus ambik pape dari sini. Mula2 kan semua jerit waktu nak bagi makanan dekat ikan ni sebab dorang terlalu besar dan rupanya ala2 ikan keli, dah laaa kulit licin mcm ntah laaa nak ckp camne. Ikan ni plak lahap mcm dah setahun x makan, tangan kita dimasuk dlm mulutnya. Tapi x sakit pun cuma geli jeeee. 

Sabah Tea




Sabah Tea ni bukan sekadar ladang teh, tapi sebenarnya tempat ni ade sejarah penting. Boleh google klau nak tahu, ihiksss, Kat Sabah Tea, kite borong tea laa buat balik Semenanjung. Sebagai peminum teh yg tegar, bagi aku Teh Sabah sangat kawwww plus sodap! Belilah!


Seterusnya, petang tersebut kami bertolak balik ke KK. Maka selamat tinggal Kundasang yg bakal dirindui. Sampai KK dah maghrib, so terus check in di TD PLAZA HOTEL yg juga dekat tgh2 bandar.


Pasar Filipina











Malam kedua plak kami dinner di Pasar Filipina, kami memilih Restoran Haji Manja. Layanan dan makanan dan harga memuaskan, syukur. Memang kenyang gile sampai susah nak berjalan. Padan laaa semua jenis seafood kami order hahahaa, sekali sekala kan takpelah. Btw, kat Pasar Filipina ni kena hati2 sikit k, beg dompet tuu bukak leklok jgn nak expose sgt k?


Third Day . (26/5/2015)

Sengaja kami plan hari ketiga di Sabah memang hari untuk pulau jeee. Pulau Memutik, Sapi dan Manukan. Yg bestnye, satu bot hanya kami berenam dan setiap pantai guna bot yg sama dan yg penting abg bot yg sama, ihikssss. Pulau2 ni sangat cantik k dan ok lah facilities semua. Cuma biasa lah makanan minuman yg mahal, so please bawak bekal siap2 k.






Welcome to Pulau Mamutik.


Snorkeling time.



Flying Fox.


Parasailing.

Tak silap aku kan, kos untuk pergi pulau pergi & balik ni dalam RM 175.00. RM 120 untuk flying fox dan parasailing lepas nego harga student. Yang the rest tuu tambang bot, jacket life, snorkeling equipment dan entrance fee.

Pengalaman yg  tak boleh lupa kat pulau ni ialah aku muntah lebih 3 kali lepas naik parasailing. Memang hampir nak tumbang dah taoi ku gagahi jua. Terima kasih kwn2 yg still bagi sokongan moral walaupun korang sendiri pun dah penat dan x larat. Siyes, aku bersyukur ada kawan cam korang dan terharu sangat. Btw, aku igt lagi abg bot tuu pesan something, "biar mabuk parasailing jgn mabuk cinta sudah". Pergh, sentap walaupun ku tak mabuk cinta. haha

Waktu kat pulau ni jugak sorang kawan kami diserang sakit perut, memang nampak lemah sangat so memang x boleh join parasailing and flying fox. So, kami mengambil iktibar untuk tidak skip breakfast or lunch lagi dan memilih makanan yg bersih lagi sihat.


Tanjung Aru Beach


Couple beg with Anis, haha!




Petang tuu plak, kami menuju ke destinasi seterusnya iaitu Pantai Tanjung Aru. Sebelum pergi tuu, memang kami rehat puas2 kat hotel sebab penat teramat sangat selepas separuh hari di pulau. Balik hotel tengok cermin, dan geleng kepala tengok diri sendiri, lepastu terus tidur, haaaaaa burn......!






So, inilah first time saya dapat tengok sunset secara live, how i wish everybody was there. Tapi, Afifah still x boleh join sebab dia masih kurang sihat. Terasa kekurangan sebab Pipah ni klau dia ade aku mesti terhibur dengan lawak die. Hahaha. Lepastuu kan, yg kelakarnya, ade sepasang suami isteri from Korea yang nak bergambar ngan kiteorg. Pergh, terasa cam kpop idols k fine over lagi! Huhu

Lepas dah puas bergambar ngan sunset kami pergi plak ke Perdana Park yg x jauh dari pantai ni, jalan kaki pun x pe kot. Mende yg best sgt kt Perdana Park ni? Haaaa apelagi klau bukan colourful musical fountain pool. Tetibe keluar lagu 'Tinggi2 Gunung Kinabalu', then semua teringat Afifah yg sedang berada di bilik hotel. Al-maklumlah beria tau dia hafal lagu ni untuk trip kami ke Sabah itu hari. Walhal, aku baru jee nak berjinak2 dgn lagu tuu waktu kat sana. Hihi.

Last but not least, trip ke Sabah bersama mereka, Anis, Afifah, Madihah, Piqah dan Tasya sangat bermakna dalam hidup aku. Mende ni unexpected sebab usually parents aku bukanlah jenis yg senang nak lepas aku pergi jejauh. Aku pun rasa mcm mimpi bile dorang bagi aku pergi. Bersyukur sangat. Pergi pulak dengan kawan2 yg dah serasi, baik hati, sweet dan loving ni kan bertambah laaa seronok. Byk lagi mende yg menarik kelakar dan happy yg berlaku sebenarnya tapi biarlah dalam memori kami je. Sebelum berundur, harapnya belom terlambat untuk saya ucapkan sekali lagi terima kasih kepada korang, maafkan saya jika sepanjang trip ni saya ade lukakan hati sesiapa. Jom kumpul duit pergi oversea plak? Hihi.

Assalamualaikum.





Aku pendosa. (Aku, 16/3/15)

Sentap. Memang sentap setiap kali dengar tazkirah pasal dosa. Tak kiralah dosa kecil ke dosa besar ke semua tuu buat ku sentap. Aku pendosa tegar.

Kita selalu rasa macam okay jee buat dosa kecil sebab yelah nama pun kecil so macam small matter punya. Cis. Kita lupa yang dosa tetap dosa. Dosa kita buat tuu tetap terhadap Allah. Allah murka pada kita. Na'uzubillah minzalik.