Followers

9.11.14

So Mother.

Life is all about struggling. So, mother.

Struggle untuk menerankan kau.

Struggle untuk elakkan nyamuk daripada singgah ke kulit kau.

Struggle untuk membesarkan kau untuk jadi orang berguna untuk agama.

Struggle untuk bangun awal buatkan kau sarapan sebelum ke sekolah.

Struggle untuk jaga kau supaya kau tak kenal erti bahaya.

Struggle untuk penuhi segala permintaan kau yang kadang-kadang melampau dan tak masuk akal.

Struggle untuk sabar setiap kali kau lawan cakap dia.

Struggle untuk limpahkan kasih sayang supaya kau yakin kau disayangi.

Struggle untuk senyum walaupun kau dah lukakan hati dia. Kadang-kadang bukan setakat luka tapi dah remuk.

Struggle untuk minta Allah jagakan kau untuk dia.

Struggle untuk buang sikap malas kau untuk study.

Struggle untuk buat kau rasa kau boleh berjaya. Bukan sahaja di dunia tapi di akhirat.

Struggle untuk nasihat kau dengan cara yang paling baik.

Struggle untuk yakinkan kau kembali bangun selepas kau jatuh.

Struggle untuk ampunkan sebelum dosa kau sebelum terlambat.

Struggle untuk suruh kau jaga agama kau sebelum kau jaga benda lain.

Struggle untuk yakinkan kau Allah adalah sebaik-baik tempat bergantung.

 So many struggles. You name it. Bersyukur sebab Allah bagi dia dekat kau. Assalamualaikum...

Another chapter as student Sem 1 14/15 (2nd year)


Semenjak pindah ke Uia Gambang, dalam dua minggu sekali aku akan balik rumah since Kemaman-Gambang hanya mengambil masa sejam setengah. Tapi ada satu minggu tu aku lama tak balik rumah sebab ada Program 'WARNA'. In short, program ni adalah untuk menonjolkan history plus culture negeri masing-masing. Walaupun ic aku -06-, tapi aku tetap semangat join negeri Terengganu since dari kecik aku dibesarkan dengan 'kepok lekor Kuala Kemaman' hihi. Alhamdulillah, semangat anak Terengganu boleh di puji sepanjang mengendalikan minggu yang tough ni. 







Boleh tahan kreatif yee awok awok Melaka. *thumbs up

Walaupun dekat Gambang punyalah susah nak escape atas sebab limitation of public transport tapi.... aku dan roomates berjaya jugaklah outing beberapa kali. So gambar bawah ni, atas sebab overexcited maka kami bertukar menjadi superhero kegemaran di dalam Giant Kuantan. Haiyakkkk!!! Bertukar!!!


Roomates temporary, Ukhwah fillah forever k Amin..

 Aku ingat lagi, masa kat PJ dulu... Time tuu ada blood donation dan aku sangat excited untuk menderma tapi principal aku tak izinkan sebab masa tuu aku belum genap 18 tahun. So, aku redha jelah dapat tengok orang lain yang donate.

But then, here in Gambang sekali lagi ada blood donation dan aku pun dah genap 18 tahun. Alhamdulillah. Kt Gambang ni lah sejarah pertama dalam hidup aku menderma darah. Frankly, aku memang nervous uollss tengok jarum, bag darah and all those stuff tapi still Allah gives me courage, syukur sangat sebab ujian-ujian sebelum tuu lepas mcm ujian blood pressure, berat semua.

Alhamdulillah, lepas menderma tuu aku tak rasa pening langsung cuma penat tuu adalah sebab lepas habis je kelas terus pegi lari dekat tempat blood donation tuu.




Sem ni jugak banyak pengalaman baru yang aku dapat. Termasuklah join volunteer work di Kg. Kempadang, Pahang. Apa yang special adalah program ni anjuran hisbah aku iaitu Hisbah Ibnu Bajjah dan kolabrasi dengan Hisbah Ibnu Sahl. Dalam gerak kerja program ni, kami dibahagikan kepada 3 group iaitu team masjid, team kubur dan team pantai. Tapi in the end, kau boleh tengok muka team pantai dekat kubur, muka team pantai dekat masjid. Alhamdulillah program ni bagi aku sangat best laaa. Tambahan pula, student Uia sendiri ada buka booth free medical check-up untuk penduduk kampung tuu. 



Kg. Kempadang ni kan ada pantai yang cantik sangat.
Nak buat outdoor reception kt sini pun cam oke. Hihi

Malam tuu juga, hari yang sama aku ke Kempadang, aku outing ke Teluk Chempedak dengan Anis, Kak Mun plus 2 org lagi kakak senior. Terharu sebab akak sanggup ambik hantar kiteorg dah laa malam pulak tuu. So, it's my first time to be at Teluk Chempedak. Niatnya, nak pergi dengan family tapi Kak Mun dulu yang berjaya bawa aku sampai ke sini dulu. Dah laa lepas puas merayap di TC tuu, akak bawak pulak kiteorang ke Kula Cakes. Alhamdulillah, Allah saja mampu balas jasa Kak Mun.

Syukran 'alaikk for a wonderful unforgetable memory.


Masa sem lepas, aku punya kelas memang all sisters, boys not allowed laa kan. Haha, memang kami sesama kami jelah. So, sem ni lah baru kelas kami ada brothers. A little bit awkward. Yelah, sebab sebelum ni kalau ada aje mende yang lawak-lawak, aku boleh gelak-gelak sampai cramp perut and rahang pipi, boleh cakap kuat-kuat macam kawan belakang aku pekak, boleh buat suara manja-manja dengan lecturer perempuan of course laa kan tapi semenjak kehadiran brothers semua tuu terpaksa ku-stop serta merta. 

Kena laa bajed ayu habis kan. Hihi, but please ya bezakan hipocrisy and behave. Tapi kan, alhamdulillah sebab brothers kelas aku ni boleh diharap and for sure semuanya baik-baik belaka. 

With Miss Siti Hajar.

With Madam Horshiah.

Miss Siti Hajar again.

Tamatlah sudah ceritera sem 1 14/15. Another one sem left before pursuing our degree in shaa Allah. Moga-moga Allah permudahkan jalan kita semua. Fighting! And not forget, pray for our friend, mother-to-be Fatihah, hope you and baby sihat-sihat saje, have a safe delivery soon. Saranghae-yo.


Sekian, Assalamualaikum....





14.9.14

Hygiene

Dear future Zauj, saya nak cakap satu benda. Nanti kalau awk nak beli rumah, saya tak kisah rumah tuu kecik sekalipun. Asalkan rumah tuu bersih dan selesa.

..................................

Aku mula sedar betapa pentingnya kebersihan bila Allah uji aku dengan satu sakit ni. Tapi alhamdulillah, I'm fully recovered now. Sejak daripada tu, prevention is better than cure mula hadir dalam kamus hidup aku. Aku cukup pantang dengan mereka yang pandang enteng tentang kebersihan ni. Sedangkan kebersihan sebahagian daripada iman. 

Lately, kita sedia maklum kes denggi dah landa Malaysia ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan. Kenapa ? Mengapa ? Siapa salah ? Tepuk dada tanya iman. From my point of view, tiada siapa yang patut dipersalahkan melainkan diri kita sendiri. Kita yang salah. Bukan orang lain. Kebersihan tu tanggungjawab setiap individu yang bernafas di atas muka bumi Allah ni. Bukannya, semata-mata terletak pada bahu makcik pakcik cleaner mahupun pejabat kesihatan yang tukang fogging tu. No!

Kadang-kadang aku upset. Aku sedih tengok sampah penuh dalam longkang, dalam sungai dan merata-rata lah macam Malaysia ni dah kehabisan tong sampah. Ingatlah, mungkin kau tak nampak kesan kau buang sampah merata-rata tu sekarang, but who knows later. 

Aku rasa kebersihan ni patut dipupuk dari kecik lagi supaya besar-besar esok taklah jadi pembuang sampah yang tak bertamadun. Parents patut jadi exemplary untuk anak-anak. Yelah, ke mana tumpahnya kuah kalau tak atas nasi, kan ? Mohon Allah pelihara kita semua. Assalamualaikum.







23.5.14

Sem 3 13/14, here we go


Venue : CfsIIUMGambang, Pahang.
Date : January to May 2014


Mahallah Al-Biruni

Creation of Allah 

Cycling
Alhamdulillah dah selesai pun sem 3 aku di Uia which is aku punya first year as foundation student. Batch pioneer di Centre for Foundation Studies Gambang, Pahang. Eventhough, tempat ni belum siap sepenuhnya dah penuh dengan construction, aku rasa tempat ni best sebab emmmm dekat dengan nature maybe. Sejuk nyaman banyak insects. Hahahahaha :D Lagi satu apabila dah namanya pun pioneer means semua harta benda kat sini kiteorang yang rasmi dulu, kih3.


TriptoUiaKuantan
Masjid Uia Kuantan
Booth Trip to Uia Kuantan. Me and Hajar.

Hemmm, dua gambar dekat atas ni aku rasa kenangan paling indah kot time sem 3 ni. Sebab, aku & rakan seperjuangan yang lain terlibat dalam menjayakan trip ke Uia Kuantan ni. Alhamdulillah, Allah ease everything. Lagi satu, aku dapat tengok bangunan2 kulliyah Medicine, Pharmacy & Dentistry (for sure kulliyah Dentistry paling lawa sebab paling baru hemmm) Masa trip ni jugak pelbagai ilmu yang dikongsi oleh senior2 di Kuantan, diorang dah macam tak sabar jee nak welcome adik2 ke Uia Kuantan. In shaa Allah, doa doakanlah kami.


Outing dengan orang2 hebat.

Walaupun transportation kt Gambang ni agak susah & kos yang tinggi berbanding waktu stay dekat PJ last year aku tetap tak ketinggalan untuk outing ke bandar Kuantan. Aku ingat lagi waktu ni kami outing right after Test Bio yang ke-2 kih3 release stresss laa kengkonon kan. Alhamdulillah, dan aku juga takkan lupa masa outing dengan mereka (orang2 hebat ni) mereka tidak jemu berkongsi ilmu & nasihat ke arah kebaikan. Eventhough kami baru kenal sem ni, but macam rapat jeeeee. Alhamdulillah. 

Anis & Kak Mun

Anis ialah roomate aku dari sem 1 sampai sekarang & in shaa Allah sampai sem terakhir kami. Kak Mun pula ialah kakak senior aku yang inspired aku time Taaruf Week & disebabkan jodoh yang kuat kami dipertemukan kembali di Cfs Gambang, she's my kakak usrah. Kak Mun seriously special for me, she's just so lovely and I can see it. Tahu tak dia pernah bawakan aku & Anis chicken chop paling sedap aku penah makan & buatkan kiteorang cake khas airtangan beliau bawa dari Gombak ke Kuantan. I'm touched. Terima kasih Kak Mun. Hopefully, akak sudi bantu & bimbing Nabilah sampai bila2 maybe dan semoga ukhwah ni kekal, In shaa Allah.


Anis.Athirah.Aku.Pqah

Anis roomate aku, Athirah plak ex-roomate aku while Pqah plak roomate baru aku sem 3 ni. Frankly, they changed me a lot. And, aku sayang diorang lillahi'taala. In shaa Allah. Anis dengan sikap cerianya, Athirah dengan kecomelannya while Piqah dengan keprihatinannya. Alhamdulillah, aku bersyukur Allah anugerahkan diorang dekat aku. After this while, I got that friendship is all about accepting each other well. In shaa Allah.


Me & Madam Ainna, chemistry Lecturer
Aku lecturer Mathematics.















Group PBL biology, hello geneticists.


Us and Sir Suhaimi Mathematics
Sorry Sir Muhd Ng, my mistake that your body cut into half. haha


I could say that I'm lucky to have them as my lecturer. I can feel their sincerity when teaching us, their consideration when advising us. Alhamdulillah. Only Allah could pay for all your kindness. Frankly, I'm not into Biology during my secondary school until I go for my foundation. Biology is actually an interesting subject if you could relate it with your creator. Yes... try it... Last but not least, I would like to thank all of you for your effort. Please pray for us eventhough we might not be your class student after this. Thank you so much.

And not to forget, I would like to apologise everyone for all of my misbehaviours, my words & everything. Assalamualaikum.






6.3.14

Tired from stresssss





Stressss ni penat juga kan ? Stresss ni kan bagi aku punca dia diri kite sendiri jee sebenarnya. Salah diri kita yang tak pandai uruskan mende tuu. Aku akui...... seiring umur yang makin tua ni, macam kerap plak aku stressss. Hahaha, lawak jerrr, padahal aku bukan ade anak 10 org yg nak kene hantar pegi sekolah ke ape. Tapi...stresss die bukan main lagi. Berkedut habis muka aku, alamakkk. Habis laa tade org berkenan. Kih3. 

Kadang2 kan stress ni buat aku rasa nak jerit biar satu bumi dengar tapi paling kuat aku boleh jerit pun hanya diri aku jeee yg dengar. And, usually aku akan ending up this stresss dengan menangis. Aku selalu dengar org cakap perempuan dan menangis tak dapat dipisahkan, haaa betullah tuuu! Takde ape yg nak disangkal. Memang itulah kenyataannya. Tapi kan.... menangis tuu bukannya melemahkan tapi menguatkan. In shaa Allah. Selagi kau menangis tuu sambil kau muhasabah diri sendiri bukan menangis kosong takde maknanya. 

Aku pernah dengar, baca ada sorang hamba ni cakap yang MENANGIS ATAS SEJADAH NI MACHO. Deep..... Maknanya kau sedar diri kau, apepun yg terjadi last sekali kau kene berbalik pada Allah & dekat Allah jugak kau kene mengadu bukan dekat manusia. Sebab Allah ni Maha Mengetahui Maha Memahami. Manusia ni sekadar boleh dengar jeee tapi tak memahami sangat, pendek kata kau tak akan rasa kepuasan seperti mana kau dapat rasa kalau kau mengadu dekat Allah. Wallahu'alam. Maafkan aku kalau ada salah silap. Baik ambil buruk tegur leklok. Assalamualaikum.




21.2.14

Maas Salamah Sem 2


Assalamualaikum. Sejak ade instagram ini bukan main lupa lagi aku kt blog yang pernah menjadi saksi senyum tawa tangis aku suatu masa dulu. Hamboi ~ Kemaen lagi. Wahh....so ni entry pertama untuk Tahun 2014 laa yee. Hamboiii, lama betul tak update. Kih3.

Memandangkan post before ni pasal story Sem 1, ini kali kite cenghite pasal Sem 2 plak yang dah lama berlalu (around 2013 Disember). So, sem 2 ni merupakan sem paling pendek dlm banyak2 sem which dlm 2 bulan plus jee kot. Dan sem yg paling sikit orang dlm kawasan kampus & sunyi yet still okey laaa. Mula2 expectation aku dkt Sem 2 ni adelah aku dapat goyang kaki layan korea lebih sikit, aku lebih mase nak relax sikit, aku dpt teroka around Kl lebih sikit & mcm2 lagi laaa yg lebih tuuu sb kelas aku 4 jam jee seminggu with 2 subjects ONLY...

Tapiiiii, hoiiiiii 2 subjects ONLY doesn't mean that 'ONLY' sgt..... Aku sesak nafas laa jgk dlm Sem ni sb every week kena hantar report. Bukan satu tapi DUA. DUA report tuu bukan sedikit yeee adik2..... HAHAHAHAHAHAHA *gelak mulut luas* Report Bio and Report Chemistry yg aku boleh ckp dlm min 10 pages ahh each. Kih3, amacam ? Mane tak terkehel tangan aku (sebenarnye alhamdulillah tak pernah terkehel lagi, nauzubillah. Mintak dijauhkan) Emmm, tapi kan.... Mula2 jee rase stresss lepas tuu dah alah tegal bisa biasa. Alhamdulillah sebab ade sahabat2 yg sudi menolong diriku.

Hehehe, tulis report ni mmg tak best except ONE THING. That THING is bila aku kena cari ISLAMIC PERSPECTIVES related dengan experiment yg aku buat. Best, selain boleh memotivate-kan mende tuu boleh buat kite berfikir dari sudut pandangan yg berbeza. Contohnye satu haritu, kiteorg buat experiment Bio pasal cell. Okay, so after habis experiment kiteorg akn siapakan report masing2. Bile dah siap tuu, aku suka baca ISLAMIC PERSPECTIVES (IP) org lain. So, dipendekkan cerita, kawan aku punye IP untuk experiment cell, dia cerita pasal kejadian manusia based from verse in Quran. Contohnya, in Surah al-Ghafir verse 67. Boleh laa bukak uollls punye Translation Quran kalau nak tengok. Meanwhile, kawan aku yang sorang lg ni, die punye Islamic Perspective lain pulak. Ayat die lebih kurang camni ahh, 'As we know cell is the basic unit of life. So, as a Muslim our basic unit of life is to believe in Allah and submit to Him. And, ....(the ideas go on)'. Lebih kurang mcm tulah. So, see the variation of creativity there ? Haaa, bagi aku mende tuu aku mgkin tak jumpe kat lain. MUNGKIN.....

Okay, habis pasal subjects and reports, we move on to mates. Sem 2 aku dapat sorang roomate baru, Athirah. My first expectation on her was she must be a quiet person. Heeemmm (sigh), quiet laa sgt kan... Hahahaha, Alhamdulillah she's not that silent. Banyak jee modal bahan cerita kalau ckp ngan die ni. I mean best laa cakap ngan Athirah. Hehehe, dah laa comey, baik, smart & friendly. Aku & roomates lama rase mcm dah lame kiteorg kenal die. We're so open when it comes to thing yg kene fe-feeling lebih ni. Kih3. Tapi yg sedihnya kan. Sem ni last aku se-roomate aku dengan Farizah sb die one year programme so die just stay PJ smpai abis foundation ni tapi aku tak... Aku kene pindah Gambang mase Sem 3 sb aku two-year programme. Part paling menyayat hati bile aku kene balik awal dan tak sempat nak tnggu die habis final exam mase tuu. Padahal mase aku Sem 1 die lah orang yg teman aku sampai laa aku exam paper last-Physics. Igt lg tahuuuu.

Haaa, ni lagi satu kenangan aku mmg tak boleh lupa. Mase tuu kelas Chemistry Lab tau, kebetulan haritu kiteorg buat experiment melibatkan Bunsen Burner & chemical substances laaa. Dipendekkan cerite, tgh aku duduk syok observe aku punye experiment, aku punye hose gas yg connect dgn bunsen burner tuu tercabut. Lps tuuu, api keluar ahhh dari hose tuu. Hose tuu dah macam ular tgh marah aku tgk mase tuuu. Aku punye buku nota & report mmg habissssss kene jilat dek apinye.... Mase tuu semua sisters kt table aku dah cabut, muka semua terkejut. Satu muka jee yg cool mase tuu iaitu muka aku (aku menipu okay). Aku dh tahu nk buat ape, so aku terus pegi tutup gas tuu tanpa pikir ape risikonye. Tapi Alhamdulillah, aku selamat dlm kebakaran kecil tuuu.... Walaupun lps tuu aku mcm nak nangis dlm kelas, tapi tak nangis pun sebab malu ahhhhhh...... hehehe

Rasenye..... setakat tuu jee Sem 2 aku. Tempat baru yg aku pegi pun setakat TS jelahhh main indoor games die sampai muntah wehhh (ni aku tak tipu)... Wallahua'lam... Sorry for any offences.