Followers

14.9.14

Hygiene

Dear future Zauj, saya nak cakap satu benda. Nanti kalau awk nak beli rumah, saya tak kisah rumah tuu kecik sekalipun. Asalkan rumah tuu bersih dan selesa.

..................................

Aku mula sedar betapa pentingnya kebersihan bila Allah uji aku dengan satu sakit ni. Tapi alhamdulillah, I'm fully recovered now. Sejak daripada tu, prevention is better than cure mula hadir dalam kamus hidup aku. Aku cukup pantang dengan mereka yang pandang enteng tentang kebersihan ni. Sedangkan kebersihan sebahagian daripada iman. 

Lately, kita sedia maklum kes denggi dah landa Malaysia ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan. Kenapa ? Mengapa ? Siapa salah ? Tepuk dada tanya iman. From my point of view, tiada siapa yang patut dipersalahkan melainkan diri kita sendiri. Kita yang salah. Bukan orang lain. Kebersihan tu tanggungjawab setiap individu yang bernafas di atas muka bumi Allah ni. Bukannya, semata-mata terletak pada bahu makcik pakcik cleaner mahupun pejabat kesihatan yang tukang fogging tu. No!

Kadang-kadang aku upset. Aku sedih tengok sampah penuh dalam longkang, dalam sungai dan merata-rata lah macam Malaysia ni dah kehabisan tong sampah. Ingatlah, mungkin kau tak nampak kesan kau buang sampah merata-rata tu sekarang, but who knows later. 

Aku rasa kebersihan ni patut dipupuk dari kecik lagi supaya besar-besar esok taklah jadi pembuang sampah yang tak bertamadun. Parents patut jadi exemplary untuk anak-anak. Yelah, ke mana tumpahnya kuah kalau tak atas nasi, kan ? Mohon Allah pelihara kita semua. Assalamualaikum.