Followers

9.11.14

Another chapter as student Sem 1 14/15 (2nd year)


Semenjak pindah ke Uia Gambang, dalam dua minggu sekali aku akan balik rumah since Kemaman-Gambang hanya mengambil masa sejam setengah. Tapi ada satu minggu tu aku lama tak balik rumah sebab ada Program 'WARNA'. In short, program ni adalah untuk menonjolkan history plus culture negeri masing-masing. Walaupun ic aku -06-, tapi aku tetap semangat join negeri Terengganu since dari kecik aku dibesarkan dengan 'kepok lekor Kuala Kemaman' hihi. Alhamdulillah, semangat anak Terengganu boleh di puji sepanjang mengendalikan minggu yang tough ni. 







Boleh tahan kreatif yee awok awok Melaka. *thumbs up

Walaupun dekat Gambang punyalah susah nak escape atas sebab limitation of public transport tapi.... aku dan roomates berjaya jugaklah outing beberapa kali. So gambar bawah ni, atas sebab overexcited maka kami bertukar menjadi superhero kegemaran di dalam Giant Kuantan. Haiyakkkk!!! Bertukar!!!


Roomates temporary, Ukhwah fillah forever k Amin..

 Aku ingat lagi, masa kat PJ dulu... Time tuu ada blood donation dan aku sangat excited untuk menderma tapi principal aku tak izinkan sebab masa tuu aku belum genap 18 tahun. So, aku redha jelah dapat tengok orang lain yang donate.

But then, here in Gambang sekali lagi ada blood donation dan aku pun dah genap 18 tahun. Alhamdulillah. Kt Gambang ni lah sejarah pertama dalam hidup aku menderma darah. Frankly, aku memang nervous uollss tengok jarum, bag darah and all those stuff tapi still Allah gives me courage, syukur sangat sebab ujian-ujian sebelum tuu lepas mcm ujian blood pressure, berat semua.

Alhamdulillah, lepas menderma tuu aku tak rasa pening langsung cuma penat tuu adalah sebab lepas habis je kelas terus pegi lari dekat tempat blood donation tuu.




Sem ni jugak banyak pengalaman baru yang aku dapat. Termasuklah join volunteer work di Kg. Kempadang, Pahang. Apa yang special adalah program ni anjuran hisbah aku iaitu Hisbah Ibnu Bajjah dan kolabrasi dengan Hisbah Ibnu Sahl. Dalam gerak kerja program ni, kami dibahagikan kepada 3 group iaitu team masjid, team kubur dan team pantai. Tapi in the end, kau boleh tengok muka team pantai dekat kubur, muka team pantai dekat masjid. Alhamdulillah program ni bagi aku sangat best laaa. Tambahan pula, student Uia sendiri ada buka booth free medical check-up untuk penduduk kampung tuu. 



Kg. Kempadang ni kan ada pantai yang cantik sangat.
Nak buat outdoor reception kt sini pun cam oke. Hihi

Malam tuu juga, hari yang sama aku ke Kempadang, aku outing ke Teluk Chempedak dengan Anis, Kak Mun plus 2 org lagi kakak senior. Terharu sebab akak sanggup ambik hantar kiteorg dah laa malam pulak tuu. So, it's my first time to be at Teluk Chempedak. Niatnya, nak pergi dengan family tapi Kak Mun dulu yang berjaya bawa aku sampai ke sini dulu. Dah laa lepas puas merayap di TC tuu, akak bawak pulak kiteorang ke Kula Cakes. Alhamdulillah, Allah saja mampu balas jasa Kak Mun.

Syukran 'alaikk for a wonderful unforgetable memory.


Masa sem lepas, aku punya kelas memang all sisters, boys not allowed laa kan. Haha, memang kami sesama kami jelah. So, sem ni lah baru kelas kami ada brothers. A little bit awkward. Yelah, sebab sebelum ni kalau ada aje mende yang lawak-lawak, aku boleh gelak-gelak sampai cramp perut and rahang pipi, boleh cakap kuat-kuat macam kawan belakang aku pekak, boleh buat suara manja-manja dengan lecturer perempuan of course laa kan tapi semenjak kehadiran brothers semua tuu terpaksa ku-stop serta merta. 

Kena laa bajed ayu habis kan. Hihi, but please ya bezakan hipocrisy and behave. Tapi kan, alhamdulillah sebab brothers kelas aku ni boleh diharap and for sure semuanya baik-baik belaka. 

With Miss Siti Hajar.

With Madam Horshiah.

Miss Siti Hajar again.

Tamatlah sudah ceritera sem 1 14/15. Another one sem left before pursuing our degree in shaa Allah. Moga-moga Allah permudahkan jalan kita semua. Fighting! And not forget, pray for our friend, mother-to-be Fatihah, hope you and baby sihat-sihat saje, have a safe delivery soon. Saranghae-yo.


Sekian, Assalamualaikum....





No comments: