Followers

24.10.13

Ma-as Salamah Sem 1 13/14

Assalamualaikum :)

Selamat Tinggal Sem 1,

Sem 1 yang ......


  • membawa ramai insan baru ke dalam hidup aku
  • jadikan aku seorang yg semakin berdikari tanpe mak ayah di sisi
  • melatih aku agar bersabar dalam setiap perkara, in shaa Allah 
  • mengajar aku supaya menerima sebarang kekurangan yang ade kerana tiada yg sempurna di dunia ni. Yang sempurna hanyalah Dia
  • membuatkan aku kurus laaaaaaa sikit drpd sebelum aku masuk U. hahaha
  • sedarkan aku bahawa pengurusan masa tuuu sangat amat penting. alaaa, penah dengar tk quote ni, 'while we are postponing, life speeds by'. emm, masa aku rase lebih berharga dari emas berlian permata semua tuu kot
  • yang pendek kate, memberi pengaruh positif & baru dalam diri aku, alhamdulillah
Ya ALLAH, cepat betul mase berlalu. Aku bakal melangkah ke Sem 2 yg bermula awl bulan November ni. Doakan agar aku diberi kekuatan dalam menempuh dugaan sebagai seorang pelajar universiti yg dikelilingi oleh pelbagai perkara yg kadang2 boleh membuatkan aku tersungkur. Wa'alam.