Followers

14.3.15

Malaysia University English Test

Dah kelam kabut semester last untuk asasi, barulah aku terhegeh-hegeh nak ambik MUET. Jawabnye, study MUET last minute laa. Bak kata omputih better late than never. Hihi. Bagi aku, ambik MUET ni satu pengalaman yang bermakna sangat walaupun by the time aku nak habiskan degree aku, MUET aku ni dah expired. Best tak?

Hemmmmmm banyak2 part dalam MUET kan, part LISTENING aku paling suka sebab macam senang laa compared to SPEAKING, READING AND WRITING. Sebab apa LISTENING senang? Sebab, kite tak perlu baca text panjang2 dan yang paling penting x perlu tulis jawapan panjang2. Fuhhhh lega weyy.  

Sebagai calon yang dah ambik MUET, aku rasa boleh laa sikit aku nak kongsi apa yang patot dikongsi. Bak kata omputih lagi sharing is caring.

Untuk part SPEAKING, aku nasihatkan agar korang practice laa speaking ngan member2 korang yang nak ambik MUET sekali. Practice ikut format sebenar, set time betul2 and ikut lah time yang ditetapkan tuu. Supaya korang terbiasa untuk berfikir dalam waktu yang singkat. In shaa Allah. Waktu hari MUET tuu, korang akan dikuarantin sebelum turn korang tiba. So, guna masa tuu untuk berkenalan ngan group korang. Nasiblah kalau dapat semua laki kalau kau perempuan and dapat semua perempuan kalau kau laki. Macam aku, dapat semua laki. Nasib baik, depa baik. Alhamdulillah.

Untuk part READING, korang bantai laa latihan dalam buku latihan MUET korang tuu sampai habis. In shaa Allah, band 6 laa nanti. Eh, tapi jangan overconfidence plak. Hihi, waktu exam MUET tuu kan. Kalau boleh korang jangan terus baca text panjang2 tuu dulu tapi pergi baca dan fahamkan apa soalan nak. So that, korang ada focus atau halatuju waktu baca text tuu dan tahu mana yang nak highlight dan mana yang tak perlu. Paham? Actually, style ni pun applicable untuk apa2 TEST yang melibatkan reading. 

Untuk part WRITING, korang belek2 lah sikit grammar2 tuu, carilah bombastic words yang boleh guna dalam essay korang nanti. Kalau aku, aku memang simpan nota2 English semua sebab sayang nak buang sebab tuu semua kenangan dengan madam English. Panjang plak cerita kan. Untuk yang opinion-based essay tuu, aku nasihatkan korang ikutlah tertib agar kepala hotak korang lebih sistematik dan memudahkan korang untuk mengarang. In shaa Allah. Pergi lah search apa yg perlu ade dalam INTRODUCTION (ex: thesis statement), BODY ( ex: topic sentence and supporting details, mini conclusion) and CONCLUSION (ex: suggestion, recommendation, etc). This technique can also be applied to all kinds of essays. 

Untuk part LISTENING yang senang tuu kan, korang try laa dengar video Aiman Azlan ke, Anwar Hadi ke, Nouman Ali Khan ke, Dr. Zakir Naik ke beberapa hari sebelum MUET tuu. Supaya telinga korang familiar dengan pronunciation English words. Itu apa yang aku buat laaa tapi sepatutnya korang kena pasang CD yang memang untuk MUET LISTENING PART tuu. Macam mane tuu?

Last but not least, aku nak berterima kasih sangat kepada keluarga tersayang kerana mendoakan, kawan2 yang wish gooduck pon terima kasih. Also, to my speaking groupmates, korang sangat helpful walaupun aku memang sangat blank waktu speaking test tuu. Selamat Maju Jaya semua!
Alhamdulillah, MUET pun dah selesai. Kite tengoklah macam mana hasil study last minute. Hihi.

3 comments:

MBR said...

Noonaaaa .. bogoshipoyoooooo :'(

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Perkongsian yang hebat! Band 6 mungkin kelihatan susah untuk dicapai tetapi dengan bantuan yang mencukupi, ia mungkin menjadi kenyataan. Terdapat laman web yang membantu anda dengan menulis karangan. Anda boleh check it out di sini dan dapatkan bantuan yang anda perlukan sekarang!