Followers

9.5.18

Kenangan PRU 14

PRU 14 kalini berlangsung pada 9 Mei 2018 (Rabu).

Alhamdulillah Pelajar UIA diberikan cuti sempena PRU 14, jadi dapatlah aku balik rumah seminggu untuk menunaikan kewajipan mengundi.

Berdebarlah juga sampai2 ke Sekolah Menengah Binjai sebab aku sorang2 mengundi dekat sini, manakala mak ayah mengundi di sekolah lain. Ronda punya ronda barulah aku jumpa Saluran 4 dekat mana. Dalam hati, "wowww panjangnya barisan, bertabahlah Nabilah!!".

Tunggu punya tunggu, berkilo jugalah peluh yang menitis. Aduihhh cair make-up aku wei.

Tengah2 beratur tu, ramai je ibu2 yang dukung anak kecil. Nasib baik mereka diberi keistimewaan untuk potong barisan, yelah kau ingat senang dukung anak lama2. Nak2 kalau anak tu meragam, menangis lagilah kesian.

Tapi3, ada juga manusia yang tak boleh nak cuba memahami keadaan orang lain. Sibuk duk mengata, menuduh kata ibu2 ni saja2 cubit anak diorang biar menangis so that orang kesian. Alahai, masih ada lagi mentaliti rakyat Malaysia begini ya. Aku kesian dekat hang bukan apa aku rasa ramai je yang sumpah seranah kat hang dalam diam2. hikhikhik

Ok la tu je pengalaman nak kongsi. Yang lain mcm biasalah, undi adalah rahsia. Keluar2 bilik mengundi terus tangkap gambar jari berdakwat ungu macam biasalah hihihi

No comments: