Followers

15.8.17

List-to-do masa cuti.

Assalamualaikum....

Aku sejenis yang kalau dah nak dekat je weekend atau cuti semester/cuti umum, aku akan listkan semua benda yg aku nak buat. Dengan harapan agar aku berdisiplin untuk accomplish semua yang aku plan tu. Tapi sebenarnya planning2 ni baru je aku mula tahun 2015 haritu. Alhamdulillah..., walaupun x semua aku dapat jalankan but at least aku cuba untuk fulfill la. 

Macam mana kesnya aku boleh terdetik nak buat list2 bagai ni?!

Senang je jawapan dia, PENYESALAN yang x terhingga. Kenapa?!!! Sebab bila habis je cuti, aku rasa menyesal x buat apa2 padahal banyak je masa, sepatutnya dengan masa yang ada tu aku boleh je produktif tapi hmmm entahlah. Lagi satu sebab adalah memandangkan aku seorang mahasiwi, biasanya aku balik kampung halaman sebulan sekali atau kadang-kadang 2 minggu sekali bergantung atas situasi. Jadi bila dekat uni tu time call mak ayah, dengar suara mak ayah penat je. Masa tu timbul rasa bersalah sangat2 sebab time balik cuti dulu x manfaatkan betul2 tolong mak ayah dekat rumah. Tapi....Alhamdulillah, Dia sedarkan hambaNya ni masa 2015 haritu.

So, benda paling utama yang aku list adalah tolong mak ayah masa cuti, siap elaborate lagi dekat list tu tolong mak ayah sungguh2, buat keje biar perfect & last sekali buat dengan ikhlas. Dan, alhamdulillah, aku rasa cuti aku lebih produktif berbanding dulu2, dan yang paling penting mak ayah pun gembira anak ada di rumah. Sebagai contoh, mak ayah aku ni peseng (jenis) yang suka berkebun, bercucuk tanam, jadi aku ambik peluang cuti2 ni untuk tolong mereka berkebun. Seronok guys berkebun, x percaya  kena cuba la. Later on, I believe that I have a passion in gardening too, Subhanallah.

Seterusnya, dalam list2 tersebut juga aku akan selitkan aktiviti2 berkaitan dengan perihal di universiti contohnya seperti ulangkaji sikit & organize lecture notes yang berlambak ni, etc. Selain hal2 duniawi, aku cuba untuk masukkan hal2 agama dlm list aku contohnya macam solat jemaah dengan keluarga (simple one), hafal surah2 lazim, etc. 

Tapi sebenarnya dalam entry ni aku lebih pada nak menekankan isu tolong mak ayah la, bahagiakan mereka, luangkan masa dengan mereka. Sebab...... kita x tahu bila2 masa je dia boleh ambil nyawa orang2 yg Dia sayang & kita sayang. Allahu, aku dah x nak rasa menyesal, cukuplah penyesalan yang dulu2 yang menghantui hidup aku. Sekarang ni, aku nak habiskan sisa2 cuti aku ni untuk cipta kenangan dengan mak ayah aku, biarpun x ke mana-mana, di rumah juga boleh cipta kenangan sebanyaknya. In shaa Allah, doakan aku ye guyss supaya aku dapat taat mak ayah aku smpai mati. 

Sebelum mengakhiri tulisan kalini, izinkan aku nak luahkan rasa2 yang x mampu aku nak luahkan dengan mulutku. Aku sangat ralat dengan keadaan yang anak2 sangat taksub dengan gajet2 terkini, sehinggakan kadang2 lupa untuk berkomunikasi dengan keluarga sendiri. Mesti orang2 tua mereka, adik beradik mereka rasa terkilan sangat. Nasihat akak, cuba2 lah untuk kawal nafsu bermain gajet2 tu, x kemana pun dik. Nauzubillah. 

Sekian daripada Kak Nnn, kakak sulung yang garang lagi bengis *evil laugh*






No comments: