Followers

26.1.17

Sem 1 2nd Year

Bismillah. In shaa Allah kalini aku nak share pasal sem pertama Tahun 2 plak. 

Alang2 aku suka outing, jadi kita mula dengan cerita outing dulu lah. Outing last aku adalah pada hari last exam sem ni, kiteorang pegi Teluk Cempedak jee sebab aku "mengidam" sgt nak makan chicken chop TC yg sedap amat ni. Lepas kenyang makan chicken chop, kiteorg pegi LOTENG plak untuk minum2 caffeine drinks. Harga dia berpatutan lah dgn rasa air dia yg sgt best. Aku beli Thai black coffee, sumpah sedap. Aku suka coffee so memang kena sgtlah dgn tastebud aku. hihi so gambar2 kat bawah waktu kiteorg pegi TC tuu.
TC escape with Anis, Miza, Piqah, Fatinsema & Faqihah <3 td="">









Perkenalkan roomate2 kesayangan since asasi lagi bersama. Bukan senang nak outing cukup 4 orang. Waktu ni semua craving nak makan PIZZA HUT. Alhamdulillah
Ni plak dinner time with Unit EDU & Unit WELFARE & BOS (FAHIM). Best weh hero2 ni belanja kami, jimat duit kami kih3. Terima kasih semua. First time mkn kat sini, kt Sekilau, Kuantan. Sedap.... highly recommended.

Since, aku rase restoran kt Sekilau tempoh hari sedap, so aku suggest kat dorang untuk dinner kt sini jgk kih3.
Dah settle pasal outing. Now, kite masuk bab akademik sikit. Acah2 je weh. 
Ni haa nak introduce barisan ahli2 group presentation aku sem ni. Alhamdulillah seronok yg amat bekerjasama dgn dorang sebab sekepala belaka. Dah laa bijok2 belako, lawo plok tuu hihi... Anyway, take note ya, sorang dh x available, our Mrs Syuk. Tahniah Syuk & Suami yg dh selamat nikah baru2 ni. Happy for you :)

Fahimah. Piqah. Anis aeida. Yaya. Syuk. Fasiha. Aku. Anis
Tak dilupakan juga labmates aku sem ni iaitu Nurul, Ain, Nisak & Zoro. Tq korang sebab function sgt2 time experiment hihi. Alhamdulillah seronok bekerjasama dengan dorang. 

Hmm tuu je kot pasal akademik. Akademik ke? hmmmmmm

Ok, seterusnya kite nak cerita plak pasal IPHA. IPHA ni society dekat Kuliyyah of Pharmacy dan jawatan aku dlm IPHA sebagai Assistant Head 2 of Education & Professional Bureau. 
Apa yg menariknya, sem ni merupakan sem terakhir aku memegang jawatan dalam IPHA. Wallahualam laa untuk tenure2 ke hadapan nanti. hmmmm tak mungkin dah kot.
Alhamdulillah, aku peroleh banyak pengalaman, ilmu, kawan2 & kenangan2 indah. Aku happy dapat berkhidmat sepanjang tenure lepas.




Masa ni our last meeting sebelum next AGM.
Kak Mira. Aku. Hilmi

Perkenalkan Kak Mira & Hilmi selaku bos aku. Best sgt team dengan dorang. Sgt2 membantu & happy go lucky mereka ni. 

Kak Mira banyak sgt tolong aku, pernah pinjamkan moto & helmet lah, pernah tolong tunjukkan jalan nak ke stesen minyak lah, selalu beri cookies, kek batik & kuih2 lah yg dibuat sendiri dgn air tangan beliau. Sedap sgt, layak sgt klau nak bukak bakery. Kak Mira please I reserve one position in your bakery shop hihihi.

Hilmi ni plak lawak orangnya pada awal perkenalan kami. Namun, sayangnya lawaknya semakin hambar dari masa ke masa. Hanya mampu tergelak sikit sebagai tanda menghormati senior. Hahahaha xdelah gurau je. Klau aku ketawa selalunya aku ikhlas haha. Hilmi ni ketua yg sgt berdedikasi & bagus sgtlah. Dia ni mempunyai bakat besar dlm bidang lakonan. Allahu, sumpah cramp perut aku gelak sampai 'nangis2' waktu tengok video lakonan dia yg berjudul "SOLUM"..

Haa, ni waktu meeting briefing kepada ahli2 baru Unit Edu tenure baru kali ni.
In shaa Allah dorang ni orang2 hebat belaka.
Sekadar itu sahaja ceritaku tentang IPHA.

Move on to other my favourite things which is sports things. Alhamdulillah, aku suka bersukan dan girlfriends2 aku pun minat sukan so kira boleh buat geng main sama2 lah. Lagi ramai lagi syok main.


Penyokong setiaku di kala aku berjuang dalam court badminton.



Hana ni partner aku dlm game double. Dia ni mashaAllah multi-talented. Semua benda dia boleh main - basket ball, handball, badminton, etc. 







RX14 after closing ceremony IBG 2016
Not to forget, muka2 ni lah yang menyokong atlet2 rx14 main waktu IBG. Sorokan merekalah yang menaikkan semula semangat kami acewahhhh. Ingat lagi, waktu ni kami turun support game futsal bro & sis. 

Aku xkan lupa rehlah waktu ni sebab ni rehlah first rx14 yg aku join. Terima kasih komiti2 yg terlibat menjayakan program ni. Mesti korang penat plan nak buat games apa supaya rehlah ni best, pastu nak prepare lagi. Terima kasih sgt :) Rehlah ni bagi aku sgt best, makan pun sedap.
Alhamdulillah, sem ni aku diberi peluang untuk mendapat pengalaman bertanding badminton di Uia Gombak.
First time aku pergi ke peringkat ni. Alhamdulillah sgt. Biarpun x menang, bukan bermakna kami xkan pernah menang. At least, ada org ckp kami menang di hati mereka cia3...




Cumanya kan aku hairan betul, walaupun aku agak aktif bersukan berat aku still statik, xde naik turun. Aku berangan jgk laa kot2 lepas aktif berbadminton ni aku akan turun 5 kg haha. 
Hampehhhh xda maknanya. Tang tuu jgk berat aku. 
Xpelah janji aku berpeluh & relieve tension selepas seharian kelas.



 Program AKAR BUDI pun antara pengalaman yg aku xkan lupakan spnjg hayat aku in shaa Allah. AKAR BUDI ni satu program di mana kami akan pergi ke sebuah perkampungan dan jalankan aktiviti2 kebajikan contohnya Health Screening, Gotong royong, Motivational Talk, Kuliah Agama, etc. Anyway, benda ni pun my first time meaningful experience jugak.

Aku. Kak Fara Asma. Kak Nisa. Merep. Mereka ni senior2 aku, kami bekerja dlm satu team untuk program Home Medication Review (HMR) waktu AKAR BUDI tu. Haaaaa, pendek kata HMR ni kita pergi ke rumah patient2 tertentu dan observe cara pengambilan ubat mereka, cara mereka simpan ubat dan sebagainya. Alhamdulillah byk sgt ilmu2 baru aku dapat. Untuk pengetahuan korang kan, sebenarnya masih ada segelintir mungkin masyarakat kita yang tidak compliance dgn medication mereka menyebabkan banyak ubat2 expired begitu sahaja tanpa diambil oleh patient. Which lead to PEMBAZIRAN. Pembazirannya sama mcm kalau korang lupa tutup suis2 lampu sebelum keluar rumah. Very sad laaa...

 Of course laa, kami akan ditempatkan bersama keluarga2 angkat. Dan aku sangat beruntung dpt Mcik Ecah & Pak Mail sebagai keluarga angkat. Sgt2 motherly & fatherly laa kan. Dah laaa lemak tempoyak ikan pari Mcik Ecah sedap gile weh berapi kebaboooom.



Belakang aku ni Tasik Biru yg sgt terkenal di Kg. Ibam ni. Memang betul2 biru.
Kata org kampung kawasan tuu bekas tempat perlombongan.

Hilmi. Nas. Aku. Kak Sanak. Kak Mira. Kami kerja satu team untuk program motivational talk di SK Ibam. Kami juga dibantu oleh rakan2 lain yang sentiasa menyumbangkan idea2 bernas dorang. Tq semua :)


Sorry.. ingat nak letak gambar ramai2 dengan adik2 sekali tp x jumpa plak gambar tuu :(

 After almost 6 months we've been through all the obstacles, we still ended the semester with our sweetest smile and also our panda looking eyes for sure. Alhamdulillah x3....





Exam dah habis, outing pun dah outing, apa tunggu lagi? Balik kampung woooo oooo balik kampung.... hati girang..... Terima kasih Fatin Asma sebab sudi ajk kite balik Kemaman sesama naik Myvi Kuning. Hahahaha kenangan sesat bersama2 untuk pulang ke kampung halaman, itu sumpah lawak.... 


No comments: